Ringkasan Penting Live KPM PKPB

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Beberapa minit lepas KPM telah membuat LIVE berkaitan isu pendidikan mengenai penutupan sekolah, PKSK, Peperiksaan awam dan pelbagai lagi. LIVE ini dibuat sendiri oleh Dr Radzi Jidin Menteri Pendidikan Malaysia KPM.

Banyak perkara penting yang perlu diketahui umum bekenaan hal persekolahan untuk november sehingga tahun 2021.

Ringkasan penting LIVE KPM

Ringkasan Penting LIVE KPM

  1. Semua sekolah termasuk Kelantan, Perlis dan Pahang ditutup sehingga 17 Disember 2020
  2. Pengajaran dan Pembelajaran secara online masih diteruskan. Guru perlu kekal berada di stesen masing-masing.
  3. Murid-murid yg tinggal di asrama perlu dijemput pulang oleh ibu bapa.
  4. Penggal persekolahan akan bermula 20 Januari 2021 secara bersemuka bagi semua murid termasuk Kolej Vokasional.
  5. Untuk murid tingkatan 2 dan 3 akan mulakan sesi persekolah pada 20 Januari 2020 secara online. Akan mula kelas secara bersemuka pada 8 Mac 2021.
  6. Tarikh peperiksaan ditunda iaitu SPM, SVM dan STAM akan bermula pada 22 Februari 2021. STPM akan bermula pada 8 Mac 2021.
  7. Kesemua ketetapan ini terpakai utk semua institusi pendidikan swasta berdaftar di bawah KPM. Untuk sekolah swasta lain disaran ikut tarikh ini.
  8. Pelaksanaan Pentaksiran Kemasukan Murid ke Sekolah Khusus (PKSK) bagi tingkatan 1 dan 4 ditangguhkan ke tarikh yg akan dimaklumkan kelak.
  9. Bagi pelaksaan Percubaan SPM, Kerja Kursus dan pentaksiran yg dijadualkan pada Disember, akan dijadualkan semula dan akan dimaklumkan kemudian.
  10. Penjadualan peperiksaan ini tidak akan menjejaskan kemasukan ke IPT bagi tahun 2021 yg dikendalikan melalui UPU online oleh Kementerian Pemgajian Tinggi.
  11. Bagi pelajar matrikulasi dan IPG, mereka akan meneruskan pembelajaran secara online sepenuhnya sehingga 31 Disember 2020. Pelajar matrikulasi akan masuk pada 4 Januari 2021.
  12. Peperiksaan MUET utk pelajar matrikulasi yg dijadualkan pada 8 – 19 Disember 2020 akan ditangguhkan ke tahun 2021.
Info Tambahan :  Biasiswa SPM dan Setaraf: 5 Senarai dan Tips

Untuk maklumat lanjut, anda dinasihatkan untuk merujuk teks penuh LIVE KPM 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *