Untuk kali ini saya bawakan anda di Espaned Sidek Kudat, kenapa saya pilih disini sebab ini merupakan artikel ” dua dalam satu ” kebetulan kita dikhabarkan dengan tsunami di Jepun dan ianya ada kaitan dengan Kudat. Pada 11/3/2011 kawasan persisir pantai sabah termasuk Kudat diberikan amaran berjaga-jaga bagi mengelakkan kemusnahan yang tinggi akibat tsunami. Amaran berjaga-jaga dikeluarkan dari pukul 6 petang sehingga 12 malam dan syukurlah tiada apa2 yang berlaku.
Untuk itu, segmen Xronda hari ini saya bawa anda semua melawat Esplanad Sidek yang terletak di Bandar Kudat Sabah.


Tempat ini dikatakan unik kerana merupakan tempat rekreasi tepi pantai yang berada betul-betul di Bandar Kudat. Gambar yang saya tunjukkan pada artikel hari ini iaitu 12/3/2011 pukul 1.00 tengahhari iaitu sehari selepas amaran berjaga-jaga tsunami ditarik balik.


Pemandangan disini juga terang dan cukup lapang, pada waktu petang ramai orang akan bersiar-siar dikawasan ini kerana ketika itu cuaca adalah redup dan sesuai untuk kegiatan luar.


Terdapat juga kedai-kedai makan di kawasan Esplanad Sidek ini, tetapi ia hanya membuka urusniaga pada waktu malam, pada waktu malam tempat ini diterangi cahaya yang terang dan juga menjadi tempat memancing sotong. Dibawah disediakan juga video keadaan semasa iaitu 12/3/2011 pukul 1.00petang di Esplanad Sidek.
Sedikit Info
Nama tempat : Esplanad Sidek
Lokasi : Kudat Sabah
Bayaran Masuk : Tiada
Waktu Dibuka : Tiada
Kategori : Kawasan Rekreasi, memancing, Berehat
Kemudahan/kelebihan : Kerusi rehat, Taman permainan Kank-kanak, Pandangan Laut, Bayu laut
Suhu : Sederhana Panas
Penginapan dicadangkan :