Ronda di Kolam Air Panas Poring Ranau

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Perjalanan ke Kolam Air Panas Poring Ranau ni memang pengalaman yang menyeronokkan juga. Sebelum sampai ke Poring ini kita terlebih dahulu akan melalui kundasang, Nabalu Park, Bandar Ranau untuk sampai ke poring ini.

Ronda di Kolam Air Panas Poring Ranau 1
Air terjun Poring

Dari bandar Ranau kita akan melalui jalan yang baik serta berturap kira-kira 30 minit untuk sampai ke tempat ini. Untuk bayaran masuk dewasa ialah rm3 dan tiket yang dibeli itu boleh digunakan untuk masuk ke beberapa tempat lagi di Ranau seperti di Taman Nabalu, Mensilau dan banyak lagi. Jadi tak rugi beli tiket masuk tu sebab tiket tu boleh guna untuk masuk ditempat lain lagi, tetapi ia hanya untuk taman-taman sabah sahaja lah..dan ia boleh dipakai dalam tempoh sehari sahaja.

Ronda di Kolam Air Panas Poring Ranau 2

Kalau pergi waktu cuti memang ramai orang, waktu saya pergi ni ialah waktu cuti sekolah, oleh tu banyak lah orang kat tempat tu. Pintu masuknya ada tangga simen yang turun kebawah dan akan menempuhi jambatan gantung melintasi jeram. Tapi rasanya jeram tu tak boleh mandi, tak tahulah kenapa tak boleh mandi..

Ronda di Kolam Air Panas Poring Ranau 3

Lepas tu kita akan melalui kawasan yang berladskap yang agak cantik sebelum kita sampai ke kolam-kolam utama Poring. Disana kita akan boleh pilih kolam yang kecil atau besar untuk kita berendam. Ada kolam yang besar untuk berenang, tempat berendam, dan tempat merendam kaki sahaja. Kolam-kolamnya mempunyai 2 pili yang boleh dikawal iaitu air untuk sejuk dan panas.

Ronda di Kolam Air Panas Poring Ranau 4
Kesejukan..huhuhu

Jadi kalau nak air panas lebihkanlah air panas tu..kalau nak sejuk pun boleh..sebab air sejuk tu adalah terus dari bukit berdekatan. Udara disana dan sekeliling memang 90% asli hutan. Memang sejuk dan mendamaikan. Bagi sesiapa yang rajin dan kuat, bolehlah naik ke air terjun tingkat-tingkat seterusnya iaitu ada 7 tingkat semuanya. Setakat yang saya pergi ni hanya tingkat 1 sahaja yang dah pergi. Dari kolam tu ke tingkat satu jika berjalan perlahan mungkin boleh sampai dalam 15 minit. Air terjun disana memang sejuk kalau tak percaya cubalah sendiri.

Ronda di Kolam Air Panas Poring Ranau 5
Ramainye orang datang sini…

Di sana juga ada taman rama-rama, jambatan gantung panjang dan banyak lagi. Tapi saya tak boleh cerita tentang tu sebab tak pernah masuk. Secara kesimpulannya agak menarik juga bagi mereka yang pertama kali datang ke sini. Segalanya adalah baru dan mengujakan. Melihat telatah pengunjung yang mempunyai banyak ragam. Tetapi jika anda nak pergi saya cadangkan untuk datang pada waktu tidak ramai orang kerana kolam-kolam adalah terhad.

Sedikit Info

Nama tempat : Poring Hot Spring
Lokasi : Ranau, Sabah
Bayaran Masuk : Rm 3 Dewasa
Waktu Dibuka : 8 pagi – tutup 5 petang
Kategori : Kawasan Rekreasi, Berehat, Mandi, sumber air panas
Kemudahan/kelebihan : Kerusi rehat, Taman bunga, Kolam mandi, Bayu bukit, kolam air panas, taman rama-rama, jambatan gantung
Suhu : Sejuk

Penginapan dicadangkan :


 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *