Ronda di Nabalu Park Ranau

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk kali ini, sesuai dengan mood cuti, saya nak bawa ke Nabalu Park atau Taman Nabalu di Ranau Sabah. Tempat ini memang puas hati sebab kita berpeluang untuk lihat keindahan alam semulajadi yang asli serta yang paling best ialah suhunya yang fuh..sejuk..kalau tengah serabut-serabut, letih..memang sesuai sangat pergi sini..

Ronda di Nabalu Park Ranau 1
Pintu Masuk Nabalu Park

Kalau dari Kota Kinabalu perjalanan taklah jauh sangat..mungkin kurang dari 2 jam..begantung pada jenis kereta dan kelajuan memecut kereta. Tapi kalau memandu bagus bawa perlahan sebab jalan ke sini banyak selekoh tajam walaupun jalannya berturap baik. Tempat ambil gambar atas ni adalah tempat parking kereta diluar, tapi kalau nak masuk kereta pun boleh sebab sebenarnya tempat ini ialah tempat orang mula mendaki ke Gunung kinabalu. Kalau nak masuk kereta bayaran dikenakan kalau tak silap RM 3 untuk dewasa. Dari pintu masuk ini perlu naik kereta selama lebih kurang setengan jam ke destinasi akhir iaitu pintu masuk pejalan kaki ke Gunung Kinabalu. Untuk kali ini bukan nak cerita pasal mendaki Gunung Kinabalu, tapi pejalanan ke tempat mula mendaki tu. Best jugak la..

Ronda di Nabalu Park Ranau 2
Geng2 ronda yang membosankan..hehe

Sepanjang pejalanan tu kita akan dihidangkan dengan suhu yang sejuk serta pondok2 rehat di tepi jalan. Pondok rehat tu cantik dan persekitaran pun amat segar disamping bunyi unggas hutan. Air disitu..pergghh sejuk…ais batu pun tak cam tu..kalau basuh muka mesti tak nak basuh dah..

Ronda di Nabalu Park Ranau 3
Bersama Adik

Dah jauh naik bukit, akhirnya sampailah ke pintu masuk jalan kaki ke Gunung Kinabalu tu..Kat tempat tu ada menara , maka sempatlah saya bergambar dengan adik yang diterbangkan khas dari Matrikulasi  Johor. Masing2 rambut dah tak terurus sebab jauh perjalanan..hehe..sory yer adik..haha..Nasib baik mase tu sy potong rambut durian..so tetap cool jer..

Ronda di Nabalu Park Ranau 4
Model baru xpresi

Itu lah gambar yang dapat kita lihat dari atas menara tu.. Masa tu cukup sejuk dan mampu mengubah perasaan kepada lebih menyenangkan dan gembira..Saya juga ada ambil gambar yang lebih cantik.

Ronda di Nabalu Park Ranau 5
Indahnya Ciptaan Maha Kuasa

Cuba lihat gambar yang saya ambil tu, mungkin anda boleh bayang apa yang anda rasa nanti? Tak payah la saya cerita lagi..Cukup cool.. :yes:

Penginapan dicadangkan :


Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top