Ronda di War Memorial Park Ranau

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk kali ke dua minggu ini dalam kategori Xronda ingin saya berkongsi tentang salah satu pusat pelancongan di Kundasang, Ranau iaitu War Memorial Park.

Mungkin ada yang tertanya dimanakah War Memorial Park ini? Jika dari kota kinabalu kita perlu ke Kundasang melalui jalan yang berliku tetapi berturap baik. Jika dari Kota Kinabalu perjalanan kira-kira 1 Jam dan tempat ini berada di Pekan Kundasang.

Ronda di War Memorial Park Ranau 1
Pintu masuk War Memorial Park

Tempat ini ialah asalnya Tugu Peringatan perang yang dahulunya menjadi kubu dan juga menara tinjau kawasan sekeliling kundasang semasa zaman peperangan dahulu. Selepas peperangan ia dijadikan tempat perlancongan dengan tempat itu ditanam dengan bunga-bunga serta landskap-landskap yang sangat cantik.

Ronda di War Memorial Park Ranau 2
Susana hijau

Didalam tempat itu mempunyai 6 bahagian atau konsep taman yang mana setiap konsep taman itu menampilkan ciri-ciri yang mempunyai identiti masing-masing mampu menyentuh emosi pengunjung.

Ronda di War Memorial Park Ranau 3
Sempat posing
Ronda di War Memorial Park Ranau 4
Antara bahagian taman
Ronda di War Memorial Park Ranau 5
Binaan dan kolam di salah satu taman

Sedikit Info

Nama tempat : War Memorial Park
Lokasi : Kundasang, Sabah
Bayaran Masuk : Rm 2 Dewasa
Waktu Dibuka : 9 pagi
Kategori : Kawasan Rekreasi, Berehat,
Kemudahan/kelebihan : Kerusi rehat, Taman bunga, Pandangan menara, Bayu gunung
Suhu : Sejuk

Penginapan dicadangkan :


Ronda di War Memorial Park Ranau 6
Taman pelbagai jenis bunga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *