Rugi bila malu

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Sifat malu adalah menjadi kebiasaan dalam diri manusia, hampir setiap hari tanpa kita sedari bisikan malu itu kerap mendatangi kita kerana ia ialah normal bagi seseorang manusia. Malu ini mempunyai banyak kebaikan dan ada juga boleh membuatkan kita rugi.

Malu memberikan pendapat dalam perbincangan

Malu untuk menyatakan idea dan pandangan ini boleh merugikan seseorang itu, dalam perbincangan lontaran idea dan pendapat itu perlu dalam perbincangan kerana tujuan sebenar perbincangan adalah untuk memberikan peranan masing-masing serta memaklum sesuatu keputusan. Ketua dalam perbincangan hanya melontarkan cadangan-cadangan tetapi cadangan-cadangan tersebut memerlukan respon dari ahli kerana tidak semestinya ia memenuhi syarat diri kita. Keadaan mendiamkan diri kerana malu ini membuatkan kita rasa tidak puas hati dan menyusahkan diri.

Malu mencari rezeki

Perbuatan malu tidak bertempat ini nyata sekali merugikan. Malu yang dimaksudkan ialah malu untuk memulakan perniagaan, malu untuk mengambil duit jualan, malu untuk mempromosikan barangan. Kerap kali manusia akan merasa malu apabila ingin memperkenalkan sesuatu sedangkan apa yang orang fikir tidak semestinya sama macam yang kita fikir.

Malu bertanya semasa majlis ilmu

Telah menjadi konsep majlis ilmu ini menyebarkan ilmu kepada pendengar. Proses ini memerlukan kefahaman pendengar samaada permulaan pengajaran ataupun akhirnya. Kadangkala ilmu yang disampaikan akan mengelirukan kita kerana fikiran dan pemahaman yang berbeza. Pertanyaan perlu untuk mendapatkan jawapan dalam soalan minda kita. Malangnya malu untuk bertanya menjadi tembok besar yang menghalang proses tersebut. Malang sekali.

Malu cegah keburukan

Mencegah keburukan adalah mulia dikalangan mana-mana agama sekalipun, dalam psikologi manusia apabila kita melihat keburukan perangai orang kadangkala boleh membuatkan kita sakit hati. Untuk mengubati rasa sakit hati itu teguran adalah perlu untuk menjadikan hati tenang. Namun demikian ramai antara kita malu untuk menegurnya sehingga kita sendiri rasa sakit dan akhirnya bermasalah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *