Assalamualaikum, terima kasih kerana menghubungi kami untuk memperkenalkan diri memohon sumbangan ke Universiti lepasan STPM/ setaraf 2014 baru-baru ini. Untuk pengetahuan, tarikh tutup permohonan sumbangan ke Universiti kami telah ditutup. Ketika ini pihak kami telah membuat saringan penerima dan sedang menghubungi penerima-penerima sumbangan dari dana kami.
Kecewa
Sebenarnya pihak kami amat terkilan dan sedih.. sebab ramai yang memohon, dan dana kami tidak mencukupi untuk meluluskan dan mengembirakan semua pemohon. Oleh sebab itu permohonan kali ini ada 8 orang yang kami tidak dapat luluskan kerana kehabisan peruntukan dana. Selain itu juga jumlah wang peruntukan sumbangan seorang juga terpaksa dikurangkan demi melayakkan lebih ramai penerima sumbangan.
Sekiranya anda dihubungi melalui telefon oleh staff atau admin kami bermakna anda adalah berjaya. Bagi yang tidak berjaya anda tidak akan menerima sebarang reply dari kami.
Berusaha
Kami akan terus berusaha mencari dana kebajikan untuk pelawat kami dan ahli FB kami. Suatu hari nanti ramai individu susah dapat kami bantu demi kesejahteraan bersama.
Ada juga kami menerima permohonan dari bukan islam dan bukan anak yatim, untuk kali ini kami lebih tertumpu kepada anak yatim kerana ia adalah sumbangan ibadah seorang Hamba Allah dikhususkan kepada anak yatim. Untuk yang lain, kami juga masa akan datang akan menawarkan kelebihan/ hadiah kepada bukan islam atau lain. Ia mengikut peruntukan dan tujuan penyumbang kami nanti.
Teruskan bersama xpresi.org , ada banyak lagi perancangan dan kelebihan lain apabila menjadi salah satu dari warga kami. Sekian terima kasih.
8 thoughts on “Rumusan : Sumbangan ke Universiti 2014”
Tak kira berapa, yang pasti ada yg membantu, semoga murah rezeki terima kasih.
TQ dengan sumbangan, mohon bantu juga nasihat nak belajar di Univ kelak.
SYukran, pada yg bagi sumbangan, xpresi tq
Terharu bila ada cam ni, smoga murah rezeki.. semangat nak daftar U xlame lg.
Tq dengan sumbangan dan nasihat yg diberi, trima kasih pd yg menyumbang.
Trima kasih, syukur dengan apa yg ada.
Tak terungkap dengan kata-kata, hanya mampu ucap Terima Kasih..
Salam, terima kasih dgn sumbangan, tak kisah dengan jumlah. sekurangnya ada yang menolong