Sabar Menghadapi Ujian

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Segala dugaan yang di hadapi oleh kita di dunia adalah dugaan Allah untuk hambanya.Allah itu tidak menguji hambaNya dengan ujian yang di boleh di pikul oleh hambaNya itu.Namun kita haruslah sabar menerima semua ujian tersebut.

“Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu apabila kesusahan menimpa, mereka berkata; sesungguhnya kami ini milik Allah dan sesungguhnya kepada-Nya kami akan kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 155-156)

Antara ujian-ujian yang diturunkan oleh Allah Taala adalah seperti bencana alam,kegawatan ekonomi,kematian atau kehilangan orang tersayang dan sebagainya lagi.Ujian ini bukan di turunkan tanpa sebab.Semua ujian ini adalah untuk menguji iman dan kesabaran kita sebagai hambaNya.Selain itu melalui ujian ini dapat menyedarkan kita sejauh mana kita bersyukur dengan nikmat Allah sebelum ini.Kesempatan ini juga boleh di ambil untuk meningkatkan amal ibadat kita terhadap Allah Taala.

Antara pendekatan yang boleh di ambil untuk mengahdapi ujian ini adalah kembali semual kepada-Nya.Allah sentiasa menerima doa-doa hambaNya.Janganlah apabila kita menerima ujian kita menyalahkan nasib diri sendiri.Berusahalah untuk menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang betul.Redhalah dengan segala ujian tersebut.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top