Salah cara pemimpin kaunseling kelompok

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Cuba menjalankan kaunseling tanpa bertanyakan ahli yang berkenaan

Dalam sesi kaunseling kelompok adalah amat penting pemimpin memastikan bahawa ahli yang berada dalam kelompok betul-betul ingin bantuan dalam kaunseling kelompok. Hal ini penting kerana setiap proses menolong setiap klien haruslah membuka fikiran untuk berubah dan tanpa paksaan. Keadaan yang memaksa boleh membuatkan klien tidak bersedia untuk berubah. Namun demikian berlaku keadaan klien rujukan yang dating secara paksa. Pemimpin perlulah terlebih dahulu membuat pendekatan menyedarkan klien dalam mengubah diri sendiri. Setelah klien sedar untuk berubah barulah sesi kelompok diteruskan.

Masa yang terlalu panjang

Sesi kelompok yang terlalu panjang ini boleh menyebabkan klien berasa letih sehingga mula memesongkan topik sebenar. Keadaan yang berpanjangan ini mungkin berlaku kerana perlakuan ahli-ahli yang jenis bertingkahlaku menggangu termasuk dari golongan diatas. Adalah menjadi tugas pemimpin kelompok untuk membahagikan tugas yang sama rata supaya semua ahli kelompok mengambil bahagian.

Benarkan ahli-ahli menyelamatkan yang lain

Ketika konflik kesedihan berlaku dalam kelompok perasaan sedih berlaku dalam kelompok berdasarkan cerita yang disampaikan. Perasaan simpati yang berlarutan mengurangkan kualiti kelompok. Pemimpin seharusnya memupuk perasaan empati dalam diri supaya berlaku imbangan dalam pertolongan dan pertimbangan.

Sesi kaunseling berubah kepada sesi memberi nasihat

Situasi ini berlaku ketika sesuatu masalah itu menjadi menarik dan hangat. Ahli-ahli lain akan cuba memberikan pendapat dan nasihat. Keadaan yang berlarutan boleh mengurangkan kualiti kaunseling apabila kaunseling berubah kepada sesi member nasihat. Pemimpin haruslah meminta ahli-ahli menggunakan kemahiran mendengar demi memahami masalah tersebut sebelum cuba member bantuan kepada ahli berkenaan.

Tujahan nasihat bertubi-tubi

Dalam kelompok biasanya akan berlaku keadaan dimana apabila sesuatu masalah diutarakan ramai ahli kelompok yang memberikan respon. Respon kepada masalah adalah bertepatan tetapi berlaku kesalahan apabila respon diberikan terlalu berarah kepada klien yang menceritakan tadi. Kedaan ini juga berlaku kepada ahli-ahli lain. Keadaan respon ini akan bertukar kepada nasihat dan ia ditujukan kepada seorang sahaja iaitu pemberi masalah. Keadaan yang bertubi-tubi dari setiap ahli kelompok membuatkan salah seorang ahli tersebut merasa tidak selesa dan rasa rendah diri. Pemimpin perlulah sentiasa memandu kelompok supaya tidak bertindak demikian antaranya menggalakkan ahli memberikan responĀ  secara umum, jika masalah berlaku kepada dirinya ataupun mengemukakan contoh peristiwa yang seakan sama dengan masalah yang diutarakan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
abc
abc
Guest
8 years ago

terima kasih atas perkongsian šŸ™‚

Jawatan penulis sambilan diperlukan( Maklumat Lanjut )