Musim permohonan UPU telah bermula, kami ada menerima pertanyaan melalui email mengenai pemohon yang salah pilih kategori untuk permohonan UPU. Untuk makluman, permohonan dibezakan mengikut kategori-kategori tertentu supaya permohonan difokuskan pada kelayakan tertentu bertepatan dengan kelayakan sesuatu permohonan.
Apa Perlu dilakukan jika salah pilih Kategori
Saya tersalah pilih kategori untuk permohonan upu, bila saya nak kemaskini balik pakai id yang sama, tak boleh. patutkah saya membeli id yang baharu?
Jika mengikut sumber UPU menerusi perkongsian soalan lazim, sebenarnya permohonan masih diproses, tetapi perlulah menghubungi pihak UPU menerusi talian 03-88708200 untuk menyelesaikan masalah salah kategori tersebut. Jika menurut jawapan pihak UPU tidak perlu membeli no id baru.
Kategori dalam Permohonan UPU
Untuk tidak membuat kesalahan yang berulang dalam memilih kategori, adalah lebih baik setiap pemohon maklum dengan kategori yang ada iaitu :
SPM/ Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan SPM/Setaraf adalah seperti berikut:
Kategori A – Pemohon yang menggunakan kelayakan SPM tahun semasa sahaja.
Kategori B – Pemohon yang menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.
Untuk SPM / setaraf, ada 2 kategori iaitu kategori A dan B. Kategori A adalah untuk pelajar yang memohon menggunakan keputusan SPM tahun terkini iaitu semasa . Bagi kategori B pula perlu dipilih untuk pelajar yang memohon menggunakan keputusan SPM dua tahun sebelum tahun semasa.
STPM/ Setaraf
Kategori permohonan untuk pemohon lepasan STPM/Setaraf adalah seperti berikut:
STPM (Kategori A, S) Pemohon-pemohon yang menggunakan kelayakan STPM tahun semasa sahaja:
Kategori A – Aliran Sastera.
Kategori S – Aliran Sains.
Lepasan Matrikulasi (Kategori N, P, U, L, K, J)
Pelajar Matrikulasi KPM/ PASUM/ Asasi UiTM tahun semasa seperti pecahan berikut:
Kategori N – Aliran Sains Calon Matrikulasi KPM, PASUM dan Asasi UiTM.
Kategori P – Aliran Perakaunan Calon Matrikulasi KPM.
Kategori U – Aliran Undang-Undang Calon Asasi UiTM.
Kategori L – Aliran Bahasa Inggeris Calon Asasi UiTM (TESL).
Kategori K – Aliran Kejuruteraan Calon Asasi UiTM.
Kategori J – Aliran Teknikal Calon Matrikulasi KPM.
Lepasan Diploma/Setaraf (Kategori G, E, F)
Kategori G – DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA) / DIPLOMA POLITEKNIK :
- DIPLOMA UNIVERSITI AWAM (UA)
- DIPLOMA POLITEKNIK
Kategori E – DKM / DLKM / DVM / DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN :
- DIPLOMA KEMAHIRAN MALAYSIA (DKM)
- DIPLOMA LANJUTAN KEMAHIRAN MALAYSIA (DLKM)
- DIPLOMA VOKASIONAL MALAYSIA
- DIPLOMA IPTS/ LUAR NEGARA / LAIN-LAIN KELAYAKAN
Kategori F – KELAYAKAN SETARAF :
- A LEVEL
- INTERNATIONAL BACCALAUREATE DIPLOMA (IBD)
- SEKOLAH SUKAN (SSBJ/SSTMI/SSMP)
- STPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- MATRIKULASI KPM (BUKAN TAHUN SEMASA)
- STAM (DUA (2) TAHUN SEBELUM TAHUN SEMASA)
- AUSMAT/ SAM / ADFP
- FOUNDATION IPTS
Lepasan STAM (Kategori T)
Kategori T – Pelajar Lepasan STAM tahun semasa dan satu tahun sebelum tahun semasa sahaja.