Sambung Belajar Dalam Bidang Fisioterapi

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print
Bidang Fisioterapi
Bidang Fisioterapi

Fisioterapi mungkin asing bagi sesetengan pelajar, lepas SPM mungkin ada yang berminat sambung belajar bidang fisioterapi ini. Fisioterapi adalah profesion kesihatan yang melibatkan pemulihan pesakit dengan neurologi, gangguan kardio-pernafasan dan memperkuatkan penggunaan fizikal dalam usaha pemulihan dan penyelenggaraan pergerakan kesihatan serta kefungsian individu  dari semua peringkat umur. Fisioterapi merupakan bahagian yang penting dalam kerjaya penjagaan kesihatan, yang melibatkan pendidikan, merawat dan memulihkan pesakit.

Perkhidmatan atau kepakaran yang dapat diberikan oleh individu yang belajar dalam bidang fisoterapi ialah ;

  • kecederaan semasa aktiviti sukan, kecederaan ligament dan otot
  • lumpuh atau ketidakupayaan otot
  • persediaan sebelum pembedahan atau selepas pembedahan
  • elektroterapi bagi meminimakan rasa sakit, bengkak dan membantu proses penyembuhan
  • masalah gangguan pernafasan, paru-paru dan berkahak
  • tulang patah dan terseliuh sendi
  • sakit sendi, tulang belakang dan leher
  • gangguan tisu lembut

Prospek Kerjaya Bidang Fisioterapi

Jika anda menceburi atau belajar dalam bidang ini, antara prospek kerjaya atau peluang pekerjaan yang banyak menanti para graduan seperti fisioterapi di hospital kerajaan dan juga swasta, pusat pemulihan, kelab sukan, pusat penjagaan kesihatan komuniti, rumah penjagaan orang tua seperti kebajikan masyarakat dan juga rumah penjagaan orang tua swasta, pusat kesihatan dan kecergasan, pusat fisioterapi swasta dan pusat untuk kanak-kanak cacat.

Baca Juga :  Syarat Kemasukan Tingkatan 6 tahun 2018 / 2019

Pada masa kini, dengan kemahiran yang ada dan keperluan perkhidmatan yang tinggi, anda boleh membuat tawaran perkhidmatan fisioterapi bergerak dari rumah ke rumah berdasarkan keperluan dan permintaan seperti tawaran dibuat di blog ini http://jururawatbergerak.com/home/soalan.php?id=15.

Perkara yang paling utama ialah mempunyai kemahiran yang profesional dalam bidang pilihan, minat yang tinggi dengan bidang tersebut, dan memasang niat untuk membantu memudahkan dan memberi perkhidmatan kepada orang lain dan rajin berusaha dengan konsisten. Seterusnya rezeki akan hadir setelah anda berusaha dengan bersungguh-sungguh.

Antara universiti yang menyediakan kursus dalam bidang ini ialah ;

  • UM Universiti Malaya (UM)
  • Universiti Teknologi MARA (UiTM)
  • Universiti Teknologi Malaysia (UTM)
  • Internatinal Islamic Malaysia (IIUM)
  • Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Peluang lain selain universiti awam

Banyak institusi yang menawarkan kursus seperti ini selain universiti awam dan institusi lain. Kebanyakan institusi menawarkan kursus yang berkaitan fisioterapi, namun apa yang membezakan ialah kos bayaran pengajian. Kos pengajian di universiti swasta lebih tinggi berbanding di universiti awam.

Baca Juga :  Apa Itu Meritokrasi Untuk Permohonan UPU

Pelajar yang mempunyai matlamat yang jelas untuk belajar dalam bidang ini tetapi tidak layak atau tidak diterima di universiti awam boleh mempertimbangkan universiti swasta yang ada yang memberi tawaran dengan kos pengajian yang lebih rendah. Pelajar perlu bijak untuk memilih dan membandingkan kos pengajian antara universiti swasta tersebut.

Terdapat juga kos pengajian yang hanya memerlukan wang pendaftaran serendah RM200 hingga RM 500 sahaja dengan kos pengajian ditanggung pinjaman atau biasiswa pendidikan dengan kemudahan-kemudahan asas yang lain dan asrama disediakan. Bagi maklumat lanjut berkaitan maklumat tersebut, anda boleh bertanya dengan perunding pendidikan kami (maklumat lanjut).

Daripada anda menghabiskan bertahun-tahun pengajian di universiti dengan pengajian yang tidak diminati dan tidak menjamin hala tuju kerjaya, adalah lebih baik anda belajar dalam bidang yang anda minati dan lebih menjamin masa depan.

 

 

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here