SAPS Ibu Bapa 2020 merupakan tajuk entri kali ini.Kini, menyemak keputusan peperiksaan anak-anak semudah di hujung jari! Kenapa? Anda boleh semak keputusan peperiksaan anak anda secara atas talian. Mudah bukan? Tiada risiko anak anda menyembunyikan kad laporan, malah anda yang boleh tahu lebih dahulu keputusan anak anda dengan menyemaknya di laman SAPS Ibu Bapa.


SAPS merupakan singkatan bagi Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah dan dikelolakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Melalui laman ini, anda boleh semak keputusan peperiksaan anak dengan mudah, dengan adanya nombor kad pengenalan anak anda. Namun, hanya keputusan peperiksaan bulanan dan akhir tahun sahaja yang disiarkan manakala keputusan peperiksaan rasmi seperti UPSR, PT3 dan SPM anda perlu semak di laman web yang lain. Dengan adanya SAPS, anda boleh track sendiri pencapaian anak anda dari semasa ke semasa.
Cara Login
Pergi ke laman web ini https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/semak.php
Langkah pertama: Masukkan nombor kad pengenalan pelajar
Langkah kedua: Pilih negeri, daerah dan nama sekolah. Tekan butang semak.
Sebaik sahaja anda tekan butang semak, anda akan dibawa ke laman semakan slip peperiksaan pelajar. Pilih tahun dan pilih jenis peperiksaan yang anda mahu lihat. Nanti akan terpapar di skrin analisis markah. Dari situ, pilih mahu semak slip keputusan peperiksaan atau markah peperiksaan.
Selesai! Kini anda tidak perlu lagi pening kepala dan bersusah payah ke sekolah untuk mengambil keputusan peperiksaan. Lainlah jika sekolah mengadakan majlis khusus untuk ibu bapa mengambil keputusan peperiksaan. Yang itu jangan ‘ponteng’ pula ya!
Anda rasa entri ini berguna? Sila share dengan sesiapa yang memerlukan.