Sistem Online melalui Sistem analisis peperiksaan sekolah dan SAPS ibu bapa yang diwujudkan pastinya memberi banyak kemudahan kepada guru dan ibu bapa. SAPS banyak memberi faedah pada golongan ibu bapa untuk tujuan pengawasan markah anak mereka. Bagi yang baru mempunyai anak pastinya tertanya-tanya apa itu saps ini.
SAPS Ibu bapa
Sebelum itu, Sisitem Analisis peperiksaan sekolah SAPS ialah satu sistem yang merekod serta menyimpan data peperiksaan pelajar sekolah. Sistem ini bersifat memberi kemudahan kepada guru merekod markah matapelajaran pelajar serta secara terus memberi kemudahan pda ibu bapa untuk menyemak markah anak mereka.
SAPS berguna pada guru
Pada peringkat permulaan perlaksanaan, SAPS ini pernah mengalami gangguan dan penolakan dari golongan perlaksana kerana sifatnya lebih kepada online yang menyukarkan guru yang tidak biasa dengan IT menggunakannya. Selain itu, sistem itu sendiri yang bermasalah apabila mengalami pelawat yang ramai. Kini SAPS lebih baik dengan aspek kelemahan yang ada mula diperbaiki.
SAPS ini sebenarnya banyak manfaat pada guru antaranya :
Kelebihan Pada Guru |
Merekod pencapaian pelajar dalam peperiksaan sekolah |
Memudahkan analisis dibuat |
Fokus pencapaian pelajar mengikut subjek, gred dan keseluruhan |
Cara menyemak markah anak SAPS Ibu bapa
Laman rasmi SAPS mempunyai 2 fungsi berlainan serta aplikasi berlainan iaitu kepada guru dan ibu bapa. Guru akan ke aplikasi guru untuk memasukkan markah, manakala ibu bapa akan ke aplikasi ibu bapa untuk mengetahui keputusan peperiksaan serta pencapaian termasuk kedudukan kelas anak mereka.
Dibawah adalah langkah untuk ibu bapa menyemak prestasi dan kedudukan kelas.
Langkah 1
[button-green url=”https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php” target=”_blank” position=”left”]SAPS – https://sapsnkra.moe.gov.my/ibubapa2/index.php[/button-green]


- Masuk ke alamat SAPS Ibu bapa.
- Masukkan no kad pengenalan anak, pilih Jenis sekolah rendah/ menengah
- Pilih tahun yang ingin di paparkan
- Masukkan kod pengesahan yang dipaparkan
- Klik pada butang Semak ( rujuk gambar )
Langkah 2


- Maklumat sekolah, no sijil lahir, nama anak, tingkatan akan dipaparkan
- Pilih jenis peperiksaan yang ingin anda lihat ( pilih peperiksaan terkini anak )
- Klik pada butang papar slip keputusan ATAU papar markah peperiksaan
- Slip keputusan adalah paparan markah dan kedudukan kelas terkini yang boleh dicetak
- Papar markah peperiksaan adalah paparan sejarah markah peperiksaan tahun semasa. Pilihan ini memberi anda gambaran prestasi serta perbandingan ujian/peperiksaan sebelum ini. Anda akan boleh melihat prestasi naik turun markah anak anda mengikut subjek.
Slip keputusan juga boleh di print untuk simpanan ibu bapa, slip peperiksaan ini mempunyai maklumat penting seperti:
- Bilangan Mata Pelajaran Daftar
- Kedudukan Kelas
- Kedudukan dalam tingkatan
- Kehadiran
- Pencapaian gred keseluruhan
- Jumlah Markah
- Peratus
- Gred Purata pelajar
- Keputusan
Contoh Slip Keputusan


Faedah dan kelebihan pada guru dan pihak sekolah
Sebenarnya penggunaan sistem rekod peperiksaan seperti ini bukan sahaja memberi kemudahan pada ibu bapa, guru dan juga pihak PPD serta pihat atasan lain juga dapat kemudahan. Masalah hilang rekod serta sukar membuat analisis bukan lagi masalah utama kini apabila adanya sistem rekod SAPS ini.
Pihak KPM, JPN dan PPD akan terus boleh melihat secara online prestasi sekolah dibawah seliaannya untuk memperbaiki kelemahan dan starategi untuk meningkatkan prestasi pelajar. Sistem ini mungkin banyak kelebihan, namun demikian ada beberapa kelemahan yang perlu sentiasa diperbaiki dan dikawal selia terutama melibatkan masalah server sesak, penggondam dan juga kehilangan data.
Aspek keselamatan perlu dipertingkatkan kerana sistem menyimpan sepenuhnya data peperiksaan keseluruhan pelajar. Data terkini peperiksaan mungkin disimpan oleh guru matapelajaran tetapi kebanyakan hanya menyimpan data terkini tahun semasa dan tahun lepas.
Diharapkan sistem SAPS dan SAPS ibu bapa ini memberi banyak kemudahan kepada guru serta ibu bapa. Segala kelebihan dimanfaat sepenuhnya untuk kebaikan dan segala kelemahan perlulah diatasi serta ditambahbaik.
Inilah kerja guru lepas exam, mengadap komputer masuk markah..
Mcm mana nak print slip saps ni?
Biasanya boleh terus print..klik pada butang printer ..tapi ia bergantung pada browse kita.
Semua mudah dah skrg ni, tapi kdg2 ada masalah server dan xleh nak online