Sasaran yang lebih kehadapan

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Setiap manusia sentiasa inginkan kehidupan yang lebih baik dari sebelumnya, namun demikian harus dingati menaruh harapan inginkan kehidupan yang terbaik tanpa perancangan yang teliti dan keterlaluan perlu dielakkan. Kehidupan yang baik ini seharusnya mempunyai perancangan tersendiri dan ia semestinya berperingkat. Peringkat-peringkat pencapaian ini perlu dilalui dengan baik supaya matlamat tercapai.

Mungkin kita mempunyai banyak matlamat dalam hidup, tetapi bukan senang untuk mencapai matlamat kerana kita perlu mencapai sasaran kejayaan dalam hidup. Sasaran yang tercapailah yang mampu menjadikan segala impian menjadi kenyataan.

Timbul persoalan bagaimana untuk berjaya mencapai matlamat anda? Kenapakah setelah berusaha diri terus gagal? Bagaimanakan untuk membentuk matlamat? Persoalan ini selalu ditanya dan kadangkala kita tidak sedar kepentingannya. Kenapa kita gagal? ini adalah kerana kita kurang berusaha, itu adalah punca yang biasa kita dengar, tetapi salah satu punca ialah kita meletakkan sasaran yang tidak tepat atau tidak bersesuaian. Untuk berjaya seharusnya kita meletakkan sasaran lebih dari minima tetapi ia logik kita capai tetapi sukar untuk kita capai.

Kenapa perlu kita sasarkan begitu? Lumrah manusia ia akan berusaha mencapai sasaran tetapi mungkin ia akan terkandas sedikit, tepat ataupun lebih. Menjadi kesilapan jika kita meletakkan sasaran minima kerana jika tepat dan lebih ia akan mengembirakan tetapi jika kurang ia akan gagal. Sebagai contoh nombor 1-10 nombor sepuluh ialah terbaik nombor 5 ialah pertengahan. Mungkin kita fikir kita boleh sasarkan nombor 5. tetapi sekiranya kita hanya dapat nombor 4 kita akan terkandas. Apa salahnya kita meletakkan sasaran yang logik dengan diri kita iaitu sekitar 9 supaya bila kita tidak tepat sekalipun kita masih berjaya iaitu dengan mendapat markah 8.

Kenapakah berlaku sedemikian? Pentingnya kita meletakkan sasaran yang logik dan lebih dari minima kerana sasaran yang lebih itu akan memaksa diri kita usaha lebih dari biasa, penggunaan teknik dan kematangan yang lebih dari biasa. Keistimewaan ini mampu mengelakkan diri kita gagal dalam kamus hidup. Ingatlah bahawa kejayaan yang luar biasa bermula dari usaha yang luar biasa.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top