Saya Adalah Penyokong Blogger Lain

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Saya Adalah Penyokong Blogger Lain 1
Penyokong Blogger

Tidak disangka, lebih 3 tahun saya berblog, bermula dahulu dengan pelbagai cubaan demi cubaan. Kini dengan xpresi.org lah saya mula mengenal erti apa itu dunia blogging sebenar. Dunia ini banyak mengajar erti tidak putus asa dan mengajar erti kegigihan melakukan sesuatu.

Memang tidak dapat dinafikan terdapat mungkin ribu-ribuan mungkin jutaan blogger diluar sana. Kadangkala mereka singgah ke blog kita dan pergi begitu sahaja setelah membaca informasi kita. Mereka datang tidak sebagai “ supporter “ tetapi hanya sebagai pelawat biasa. Sukar untuk kita temui pelawat yang betul-betul ikhlas yang bertindak sebagai penyokong kepada blogger tersebut. Tambah lagi sedih bila kadangkala pelawat yang hadir itu bukan untuk sengaja datang tetapi datang untuk merosakkan, dengki, cari kesalahan, meniru bulat2 dan pelbagai pelakuan negatif lain hingga secara terang atau sembunyi menyusutkan pelawat blogger yang dilawatinya.

Apa itu penyokong blogger?

Penyokong bloger semestinya mereka yang mempunyai niat ikhlas untuk membantu orang lain,

 Singgah sebagai ” Positif Visitor ” seperti dengan sukarela dan Ikhlas komen post, share/like post, sertai peraduan yang dianjurkan, tukang undi dan apa sahaja yang memberikan kemeriahan, keuntungan, Peningkatan pelawat kepada pemilik blog yang dilawati.

Apabila anda komen blog kawan anda ia memberi penghargaan bahawa anda baca hasil penulisannya serta memeriahkan topik di blognya. Apabila anda like atau share pula ia secara langsung anda membantu menyebarkan post bekenaan kepada rakan-rakan anda di facebook. Begitu juga sertai peraduan, mengundi dan banyak lagi mampu menghidupkan suasana diblog yang anda lawati.

Dengan sokongan sebegitu ia boleh membuatkan blogger bekenaan menjadi lebih dihargai, tidak kesunyian, meningkatkan pelawatnya dan secara tidak langsung meningkatkan pendapatan untuk menyara kemajuan blognya.

Tetapi kemanakah perginya nilai murni bantu membantu? Yang ada hanya perasaan dengki, persaingan tidak sihat, dan banyak lagi.

Rakan Penyokong Blogger

Sudah tiba masanya saya mencari kawan yang sependapat dengan saya, saya ingin mencari mereka yang boleh membantu antara satu sama lain. Bantu memeriahkan blog masing-masing. Supaya ia menjadi satu ikatan yang baik dan membina.

Oleh itu saya ada tubuhkan group “ Penyokong Blogger  ( PB )“ di facebook. Buat masa ini group itu saya wujudkan terhad kepada 50 blogger sahaja.

Kenapa sikit? Sebab rasanya buka senang nak beri komitmen/lawati blog banyak-banyak satu masa. Setakat ini cukuplah sekadar 50 keahlian itu sahaja.  Jika mendapat sokongan dan cadangan dari ahli lain barulah ia ditambah mengikut persetujuan rakan2  PB lain.

Yang pastinya blogger sederhana seperti saya dialukan, semoga sama-sama kita maju dan berjaya AMIN.

Jika kawan-kawan berminat ( pastikan ada blog sendiri ) silalah KLIK SINI atau search di facebook “ Penyokong Blogger “ untuk memohon. Kalau tak reti jugak bolehlah Hubungi saya/ contact saya, Terima Kasih.

p/s ; Klik LIKE dibawah jika anda berterima kasih dan rasakan ianya berguna

 

2 thoughts on “Saya Adalah Penyokong Blogger Lain

  1. waaaa tahniah bang. Saya bulan sembilan ni baru genap 2 tahun 😀

    bagus tu bang,Networking yg saling melengkapi jadi power visitor tu bgs sgt. Sy sokong idea cam ni. boleh sy turut serta untuk kita sesama 50 org saling bermesyuarah meningkatkan kualiti?? banyak sebenarnya terbuku di benak sy bila dgr networking ni. Permulaan 50 org tu pun sudah cukup meriah 🙂

    Tahniah

    1. Betul tu..insyaAllah kita sama2 meningkat..Kalau ada kawan lain ajak la join skali. Positif visitor tu tak lah wajib/paksa buat tu semua. Paling tidak singgah komen pun kira penghargaan yang besar.. 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *