Mungkin penulisan kali ini bunyinya biasa dan kurang menarik. Hal ini mungkin sepanjang kehidupan kita ramai orang sentiasa menyebut dan menghuraikan kepentingan menghormati ibu bapa. Untuk penulisan kali ini, ingin saya huraikan serba ringkas kepentingan dan kesedaran menghormati ibu bapa, sekurangnya ia merupakan sedikit renungan dan muhasabah diri kepada kita supaya kita sentiasa ingat mengingati antara satu sama lain.
Perkara utama bila anda membaca penulisan ini saya ucapkan tahniah kerana anda merupakan seorang anak yang baik. Hal ini kerana anda telah mengarahkan diri anda untuk membaca sesuatu tentang ibu bapa anda dan anda rasa untuk memperbaiki diri dalam terus berbakti dan menghormati insan yang banyak berkorban untuk anda.
Ibu bapa, insan yang paling banyak berkorban untuk kita. Mungkin kita dihadiahkan ibu bapa yang baik hati dan ada juga insan yang kurang bernasib baik diuji dengan ibu bapa yang bermasalah. Namun demikian, walaupun mempunyai ibu bapa yang bermasalah, hakikatnya jauh disudut hati mereka sentiasa mahukan yang terbaik untuk anak mereka dan mahukan yang terbaik untuk zuriat pewaris darah dagingnya sendiri.
Mungkin kita pernah bergaduh dan melawan ibu bapa, ini mungkin akibat dari tindakan bawah sedar kita dan terpengaruh dengan darah muda sebagai seorang yang muda dan remaja. Penting untuk kita memohon maaf segera kepada kedua ibu bapa kita apabila kita terlanjur kata dan tersalah tindakan kerana ia mungkin boleh mengguris hati mereka yang penuh dengan kepayahan itu. Untuk pengetahuan anda, penting untuk kita mengembirakan hati mereka kerana jika dihitung umur mereka mungkin menghampiri senja jika dibandingkan dengan umur kita.
Apa salahnya kita tidak melenting dan marah mereka, perlu untuk kita renungkan bahawa andaikata umur ibu bapa kita 50tahun dan mengambil kira purata pemergian insan 60 tahun. Bermakna ibu bapa kita hanya ada 10 tahun sahaja lagi. Adakah kita hendak meninggalkan kenangan sedih sepanjang baki 10 tahun itu kepada ibu bapa kita itu?sedangkan mereka telah hampir 50 tahun menghadapi kepayahan mendidik dan mengharungi badai hidup?Apa salahnya kita bekorban sedikit kerana masih ada banyak masa lagi untuk kita begembira mungkin kita mempunyai lebih dari baki 30tahun. Marilah sama-sama kita renungkan, bertindak dengan sentiasa memperbaiki diri dan menghormati ibu bapa dengan perlakuan dan percakapan yang boleh menghiburkan hati mereka. Semoga suatu hari nanti kita tidak menyesal kerana perginya mereka dengan senyuman kegembiraan.
2 thoughts on “Sayangi ibu bapa”