Permohonan SBP Sekolah Berasrama Penuh 2017 Tingkatan 1

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan SBP
Permohonan SBP

Bagi ibu bapa yang berhasrat untuk menghantar anak ke SBP, Satu permohonan SBP sekolah berasrama penuh 2017 tingkatan 1 dibuka untuk permohonan kini. Bagi ibu bapa yang masih belum membuat permohonan diminta untuk segera kerana tarikh tutup permohonan akan berakhir tidak lama lagi iaitu 15 November 2016.

Bagaimana membuat Permohonan SBP Tingkatan 1

Permohonan boleh dibuat online melalui aplikasi yang disediakan https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Sebelum membuat permohonan diharapkan ibu bapa merujuk dahulu panduan yang disediakan :

  • Panduan AM
  • Panduan Khusus
  • Panduan Pencapaian Khas/ Istimewa Murid

Ibu bapa perlu mengisi borang permohonan bagi mengelakkan kesalahan mengisi borang permohonan.

Sekiranya segala panduan difahami diharapkan ibu bapa bertindak segera mengisi borang online yang disediakan.

Info Tambahan :  MYSTEP 2023: Guru Ganti Selangor, Kelantan, Perak & Sarawak

Aliran Mata Pelajaran SBP tingkatan 1

Secara umum ada 3 aliran yang boleh dipilih untuk ke SBP tingkatan 1 iaitu :

  • Sains
  • Agama
  • Ulul Albab

Aliran Sains

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam / Pendidikan Moral
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa Antarabangsa (*Pilihan : Bahasa Arab Komunikasi / Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi )

Aliran Agama

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Bahasa Antarabangsa (*Pilihan : Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)

Aliran Ulul Albab

  • Bahasa Melayu
  • Bahasa Inggeris
  • Bahasa Arab
  • Sejarah
  • Pendidikan Islam
  • Matematik
  • Sains
  • Geografi
  • Kemahiran Hidup
  • Hifz Al-Quran
  • Maharat Al-Quran
  • Bahasa Antarabangsa (*Pilihan : Bahasa Jepun / Bahasa Perancis / Bahasa Jerman / Bahasa Cina Komunikasi)
Info Tambahan :  Yayasan Bank Rakyat: Pembiayaan Pendidikan Boleh Ubah (PPBU) 2023

Sebarang pertanyaan dan maklumat lanjut permohonan boleh rujuk https://sst1.moe.gov.my/spat1_mohon/index.cfm

Memilih pengajian ke SBP merupakan salah satu pilhan yang bijak untuk anak jagaan masing-masing kerana pelajar terpilih pastinya dapat menyediakan persekitaran dan pengaruh positif dalam suasana pembelajaran. Tenaga pengajar juga lebih positif sekiranya pelajar memberikan kerjasama dan respon positif setiap kali aktiviti pembelajaran harian. Mungkin sedikit masalah akan timbul jika anak jagaan tidak biasa tinggal berjauhan dengan ibu bapa, namun demikian sekiranya cabaran ini mampu diatasi pastinya melahirkan seorang anak yang bijak dan lebih berdikari dan matang.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top