Sebab Anda Tidak Diambil Bekerja

Hargai Kami, Kongsi Info Ini Pada Rakan Anda !
Share on Facebook
Facebook
Tweet about this on Twitter
Twitter
Share on Google+
Google+
Print this page
Print

Setelah banyak kali mencuba dan gagal lagi, pastinya ada sebab anda tidak diambil bekerja, Kesukaran mendapatkan pekerjaan di kalangan fresh graduate menjadi isu yang masih mencari jalan penyelesaian. Walaupun dah mohon kerja kerani yang tidak memerlukan pengalaman, tapi masih tidak diambil bekerja juga. Resume dah cantik, gaya keterampilan dah ok, tetapi apakah faktor yang masih menjadi permasalahan hinggakan tidak diambil bekerja ? Dimanakah silapnya yang harus diperbaiki agar majikan mengambil anda bekerja.

Memilih Kerja
Memilih Kerja

Cuba anda buat pemerhatian terhadap diri anda sendiri. Sini, saya kongsikan 5 faktor yang mungkin menjadi sebab mengapa anda masih tidak diambil bekerja. Jika faktor – faktor ini masih tidak membantu, mungkin masih belum rezeki anda untuk bekerja lagi. Senyum dan berkata sabar pada hati.

4 Sebab Anda Tidak Diambil Bekerja

Tidak fasih berbahasa inggeris dan kurang kepelbagaian bahasa

Tidak dinafikan bahawa jika anda memiliki banyak bahasa ia merupakan satu keistimewaan kepada anda. Pada zaman ini, komunikasi sangat penting dalam menjalankan pelbagai urusan. Anda bekerja bukan sahaja berjumpa dengan 1 bangsa sahaja. Anda akan bekerjasama dengan pelbagai bangsa. Oleh itu, jika anda kurang fasih berbahasa inggeris ataupun tiada bahasa tambahan seperti mandarin, menjadi kesukaran kepada anda untuk mendaoatkan pekerjaan.

Baca Juga :  Perbezaan Tingkatan 6, Matrikulasi, Asasi Dan Diploma

Kurang Profesional

sewaktu anda ingin memohon perkerjaan, gunakanlah bahasa yang indah dan mengikut format yang betul pada cover letter anda. Melalui cover letter ini pihak majikan daoat melihat etika dan tatacara anda dalam bekerja. Sebaiknya gunkalah bahasa yang mampu memikat hati majikan dan membuatkan mereka tertarik serta perlu mengambil anda bekerja. Sama sahaja konsepnya jika anda inginkan sesuatu daripada seseorang pasti anda menggunakan bahasa yang manis bukan ? Jadi aplikasikan konsep itu dalam anda meminta pekerjaan.

Permintaan gaji yang tinggi

Buat anda yang bergelar fresh graduate, janganlah terlalu meminta gaji yang tinggi. Bersesuaianlah dengan anda sebagai fresh graduate. Betul dan tidak dinafikan anda mempunyai kelulusan yang tinggi. Namun anda perlu tahu bahawa anda adalah garaduan yang habis belajar dan masih mencari pengalaman dalam bekerja. Tidak wajarlah jika anda meminta gajibyang tinggi daripada majikan anda.

Baca Juga :  Video Bagaimana Mudah Semak Syarat Kelayakan UPU

Tidak memiliki kriteria yang diperlukan

Jika anda berkelulusan diploma kejuruteraan, jangablah pula anda memohon untuk jawatan yang memerlukan kelulusan diploma perkaunan. Jauh sangat dari bidang yang anda miliki. Mohonlah pekerjaan yang berkaitan dengan kerja anda. Sebagai contoh, majikan membuka tawaran bekerja sebagai kerani pentadbiran. Anda pula memiliki diploma perakunan. Pada keadaan itu anda masih boleh memohon kerana pentadbiran dan lerakaunan berada pada satu unit yang sama walaupun cabang yang berbeza.

Kepada yang masih belum memiliki pekerjaan dan masih mencari-cari hala tuju dalam pekerjaan janganlah anda mudah berputus asa. Masih banyak peluang pekerjaan yang terbuka luas untuk anda. Yang baik itu akan datang apabila tiba masa yang sangat sesuai. Teruskan usaha pastu kejayaan menjadi milik anda. Tiada yang mudah untuk menjadi senang.

p/s : Jangan lupa untuk Join kami di Telegram untuk lebih pantas menerima berita Kerja kosong atau permohonan lain seperti biasiswa. Join Telegram

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here