Sebab Gagal Temuduga SPA

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Anda berjaya dapat temuduga SPA? Tahniah diucapkan kepada yang berjaya. Bukan senang nak dapat temuduga tersebut. Tapi, jangan selesa dulu! Tahukah anda betapa ramainya orang yang kecundang selepas ditemuduga? Persoalannya kenapa? Jom kita lihat sebab gagal temuduga SPA di bawah:

Gagal SPA
Gagal SPA

Punca Gagal Temuduga SPA

Tidak membuat persediaan dari segi fizikal

Namanya pun temuduga, maka anda haruslah berpakaian kemas dan tampak profesional ketika hadir di tempat temuduga. Jangan pula selekeh, dari situ panel boleh nampak yang kita kurang cakna dengan penampilan diri. Lebih-lebih lagi kalau pekerjaan itu memerlukan perwatakan yang menarik. Pastikan pakaian yang dipakai sudah bergosok, kemas bertali leher dan kemeja tuck-in. Bagi perempuan pula, seeloknya memakai baju kurung, baju yang formal. Jangan pula terdedah sana sini, ingat, anda datang untuk memohon pekerjaan dalam sektor kerajaan  bukannya bidang hiburan!

Tiada pengetahuan berkaitan jawatan yang ditemuduga

Dalam laman web SPA, ada dimaklumkan tentang gaji dan tanggungjawab atau bidang tugas yang berkaitan dengan kerjaya. Anda perlulah prihatin dengan hal yang satu ini kerana besar kemungkinan akan ditanya dalam temuduga. Kalaupun bukan dalam laman web SPA, anda masih boleh google tentang bidang tugas yang berkaitan dengan jawatan yang anda pohon. Hal ini penting kerana anda juga yang akan menggalas tanggungjawab jawatan tersebut. Oleh itu, pastikan anda sudah arif dengan bidang tugas anda nanti.

Info Tambahan :  Mass Com di Malaysia: Kursus, Kemahiran dan 9 Peluang Pekerjaan

Tidak membawa dokumen yang lengkap

Pastikan anda membawa dokumen yang lengkap ketika hadir untuk temuduga. Tunjukkan anda seorang yang sistematik dan tersusun. Kalau boleh semua dokumen penting seperti salinan kad pengenalan, salinan lesen dan sebagainya berada dalam satu fail. Begitu juga dengan kelayakan-kelayakan akademik anda seperti sijil SPM dan sijil STPM. Dokumen yang tidak lengkap boleh membawa kepada kegagalan temuduga.

Personaliti yang tidak bersesuaian

Ada yang selekeh, ada yang terlalu merendah diri malah ada yang terlalu bangga dengan diri sendiri sehingga bercakap besar. Personaliti-personaliti seperti yang tersebut tidak sesuai dengan kerjaya dalam sektor kerajaan malah sektor swasta sekalipun. Oleh itu, jagalah tingkah laku anda ketika berhadapan dengan panel penemuduga. Mereka lebih arif siapa yang patut terpilih sebagai penjawat awam.

Info Tambahan :  Jurusan Universiti Di Malaysia: 10 Tips Penting

Tidak menepati masa

Antara sebab lain ialah sikap anda yang tidak menepati masa. Pastikan anda hadir di tempat temuduga seawal mungkin. Orang yang betul-betul bersedia akan datang tiga puluh minit lebih awal di tempat temuduga. Sekiranya anda datang awal, anda boleh ambil masa untuk bertenang dan bersedia dengan soalan yang bakal ditanya. Kalau anda seorang muslim, digalakkan untuk baca doa penerang hati dan doa dilancarkan lisan ketika menjawab soalan temuduga.

Kurang yakin dan gugup

Keyakinan sangat penting ketika menjawab soalan yang dikemukakan oleh penemuduga. Jangan nampak terlalu gugup hinggakan jawapan yang diberikan kepada penemuduga berterabur. Namun perlu juga diingat jangan juga terlalu yakin ketika menjawab. Sekiranya soalan yang diajukan berbaur politik, mungkin penemuduga saja ingin menguji tahap kepekaan anda terhadap isu semasa.

Akhir sekali, pastikan anda betul-betul bersedia dari segi mental dan fizikal kerana temuduga SPA ini bukan calang-calang orang yang boleh melepasinya. Semua panel temu duga yang dilantik mempunyai pengalaman serta lebih arif dalam perihal jawatan yang berkaitan bagi pemilihan calon yang bersesuaian untuk dilantik dalam perkhidmatan awam. Penulis doakan anda yang terpilih untuk temuduga kali ini berjaya dengan cemerlangnya. Rahmat Allah sentiasa mengiringi orang yang sudah berusaha.

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *