Sekolah Menengah Teknik, Vokasional dan Kolej Vokasional

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Tahukah anda, mungkin pernah disebut tentang permohonan bagi ke sekolah Teknik, Sekolah Vokasional dan Kolej Vokasional.  Bagi pelajar tingkatan 3 atau PMR mungkin kadangkala kurang faham dengan aliran dan masa depan sekiranya belajar disekolah yang disebutkan diatas. Secara umumnya ketiga-tiga institusi ini adalah bagi memberi peluang kepada murid yang mempunyai kecenderungan dalam pendidikan sains dan teknologi untuk memenuhi tenaga kerja dalam bidang industri Negara.

Kini Kementerian Pelajaran juga dalam proses menukarkan status Sekolah Menengah Vokasional kepada Kolej Vokasional secara berperingkat-peringkat sebagai sebahagian usaha memantapkan lagi sistem pendidikan negara serta menghapuskan stigma bahawa pengajian vokasional adalah untuk pelajar yang tidak dapat menguasai bidang akademik. Perubahan nama itu akan melibatkan pindaan Akta Pendidikan serta rombakan kursus-kursus teknikal dan vokasional, dengan pelajar yang dikeluarkan tidak terbatas di peringkat sijil kemahiran tetapi merupakan lulusan setaraf diploma atau diploma lanjutan.

Aliran Dalam Kelolaan Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional Kementerian Pelajaran

  • Aliran Teknikal
  • Aliran Vokasional
  • Aliran Kemahiran
  • Kolej Vokasional

Aliran Teknikal

Aliran ini adalah dikhaskan untuk pelajar cemerlang dalam akademik pada peringkat PMR. Objektif bidang teknikal adalah untuk membantu melahirkan tenaga profesional dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan (pertanian dan perdagangan). Setelah tamat pengajian di SMT, pelajar berpeluang melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi di peringkat diploma di IPTA (universiti, politeknik, kolej komuniti), kolej matrikulasi teknikal, kolej matrikulasi umum, atau Tingkatan 6.

Info Tambahan :  FlySISWA 2023: Bantuan Penerbangan Pelajar Semenanjung-Borneo

Contoh kursus aliran teknikal seperti :

  • Sains Pertanian
  • AgroTeknologi
  • Perdagangan
  • Kejuruteraan elektrik
  • Kejuruteraan Awam
  • Kejuruteraan Mekanikal

Aliran Vokasional

Aliran ini member peluang kepada lepasan PMR yang mempunyai pencapaian baik dan sederhana dalam akademik dan berminat belajar berkaiatan pekerjaan. Isi kandungan bidang vokasional mempunyai komponen teori dan praktikal yang seimbang. Objektif aliran ini adalah untuk membantu melahirkan separa profesional (juruteknik/pembantu teknik) dalam bidang kejuruteraan dan bukan kejuruteraan. Setelah tamat pengajian, pelajar berpeluang ke IPTA, IPTS, dan institut latihan kemahiran awam dan swasta, atau terus ke alam pekerjaan.

Contoh pakej kursus iaitu

  • Automotif,
  • Penyejukan dan Penyamanan Udara,
  •  Amalan Bengkel Mesin,
  • Kimpalan,
  •  Elektrik dan Elektronik,
  • Pengurusan Perniagaan,
  • Fesyen,
  • Katering,
  • Seni Kecantikan,
  • Perkhidmatan dan Perkembangan Kanak-kanak,
  • Bakeri,
  • Pelancongan,
  • Hortikultur Hiasan dan Lanskap,
  • Teknologi Tanaman,
  • Agroindustri Tanaman,
  • Agroindustri Ternakan
  •  Pengaturcaraan Komputer
Info Tambahan :  BUDI Sabah 2023: Permohonan, Syarat dan Tunai

Aliran Kemahiran & Kolej Vokasional

Aliran ini dikhusukan kepada murid pencapaian rendah pada peringkat PMR dan sangat cenderung belajar secara amali. Murid akan dilatih menjadi tenaga kerja mahir untuk bekerja di industri atau membuka perniagaan sendiri apabila tamat pengajian. Disamping itu juga, murid boleh melanjutkan latihan kemahiran pada peringkat yang lebih tinggi di Institut Latihan Perindustrian (ILP), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), kolej komuniti, dan pelbagai institut latihan kemahiran swasta.

Contoh kursus Aliran Kemahiran seperti Pemesinan, Jurukimpal, Pelukis Pelan Kejuruteraan Mekanikal, Juruteknik Automotif, Mekanik Penyejukbekuan & Penyamanan Udara, Pembuat Perabot, Jurubina Bangunan, Jurubina Bangunan (Asas Kayu), Jurukerja Paip, Pelukis Pelan Senibina, Timber Processing and Finishing, Juruteknik Elektrik, Juruteknik Elektronik Industri – Peralatan, Demi Chef, Pembuat Pakaian Wanita, Pendandan Rambut, Jurukecantikan, Juruteknik Akuakultur, Juruteknik Ladang Pertanian dan Jurupemprosesan Makanan.

Contoh kursus dalam Kolej vokasional seperti Pemesinan Industri, Teknologi Kimpalan, Teknologi Automotif, Teknologi Penyejukbekuan dan Penyamanan Udara, Teknologi Elektrik, Seni Kulinari, Kosmetologi, Fesyen dan Membuat Pakaian, Hortikultur Hiasan, Landskap, Mekanisasi Agro, Agroindustri Tanaman, Agroindustri Ternakan Ruminan dan Agroindustri Ternakan Poltri.

2 thoughts on “Sekolah Menengah Teknik, Vokasional dan Kolej Vokasional

  1. Sy hendak mendaftar anak saya ke kolej vokasional dlm bidang penternakan atau apa apa yg melibatkan haiwan. Kursus apakah yg paling sesuai?

Leave a Reply to Siti Aishah Mohamed Johari Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *