Sekolah Tutup Jerebu Oktober 2015

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Jerebu membahayakan kesihatan, Kementerian telah mengeluarkan senarai sekolah tutup jerebu. Setiap hari kualiti udara akan dipantau untuk memastikan udara sihat untuk kegiatan luar terutama kanak-kanak dan pelajar. Jerebu dikatakan semakin meningkat akibat pencemaran udara merentasi sempadan apabila angin bertiup membawa bersama asap kebakaran hutan di kawasan Negara jiran Indonesia. Malaysia seperti mana Negara sekitar lain juga mengalami tempias pencemaran udara ini. Berikut ialah maklumat penutupan sekolah akibat jerebu :

Penutupan sekolah Jerebu 23 Oktober 2015

Berdasarkan pemantauan IPU sehingga pukul 3 petang 22 oktober, tahap IPU negeri berikut masih berada pada tahap tidak sihat.

  • Perlis
  • Kedah
  • Pulau Pinang
  • Perak

Oleh demikian sekolah tersebut diumukan perlu tutup pada 23 Oktober 2015 ( jumaat ). Penutupan adalah melibatkan 1600 buah sekolah dan seramai 728739 orang murid di negeri tersebut. Pihak KPM juga mengingatkan guru-guru memanfaatkan platform Persekitaran Pembelajaran Maya ( VLE ) bagi membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran ( PdP) kepada murid.

Sumber KPM

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top