Salam Aidiladha
Tinggal beberapa jam sahaja lagi untuk umat islam menyambut hari raya haji, atau hari raya eiduladha. Perayaan ini adalah sebagai tanda kesetiaan umat islam dalam memahami erti sebenar pengorbanan, serta kepatuhan dan kepercayaan kepada segala yang ditentukan Allah.
Pihak kami ingin titipkan penghargaan kepada pelawat-pelawat setia kumpulan media kami, dengan mengucapkan Selamat Hari Raya kepada semua pelawat yang beragama islam. Ucapan terima kasih tidak terhingga kerana sokongan tidak terhingga dari rakan sekalian.
Bagi rakan yang berada disebelah pantai timur semenanjung seperti di kelantan dan terengganu juga kawasan kedah, kami rasa pasti disana keadaan meriah bila sanak saudara dapat berkumpul serta banyak aktiviti hari raya dianjurkan.
Akhir kata, sama-samalah kita tingkatkan iman, berusahalah untuk menjadi insan yang baik budi pekerti serta berjaya dalam hidup. Terima Kasih.
p/s: Dah la hari raya puasa tak balik kampung, raya ni pun tak balik jugak..huhu..untuk ma, insan tersayang, anis, aqil, adik beradik, saudara dikampung…Selamat Hari Raya..