Selamat Menjawab PMR dan Persediaan Hampir PMR
Nampaknya yang ditunggu telah tiba, yang pastinya kedatangannya tidak boleh dielakkan. Bertahun lamanya belajar, kini ia kunjung tiba dan menguji sejauh mana ia berhasil untuk diri anda. Mungkin ada yang masih belum bersedia, mungkin juga ada yang dah bersedia, tetapi hakikatnya ia tetap akan ditempuhi esok dan yang pastinya PMR ini mampu mengubah sedikit sebanyak halatuju masa depan calon PMR.
Bagaimana Menghadapinya?
Sentuhan terakhir
Saat yang tidak panjang ini baguslah jika diberikan sentuhan terakhir dimana bukanlah mengharap dan memerah otak belajar tajuk yang banyak. Untuk baki tinggal beberapa jam ini bolehlah mengambil sedikit tajuk-tajuk yang dirasakan perlu diingat dan dipelajari.
Nota kecil
Nota kecil ini paling banyak membantu jika hampir sangat dengan peperiksaan, jadi ianya mampu membantu ulangkaji pantas anda.
Tingkatkan keyakinan
Biarlah anda bersedia atau tidak, yang penting anda tahu PMR itu tetap anda lalui, jika bersedih atau gementar kerana anda tidak bersedia adalah tidak patut. Tingkatkan keyakinan diri, sekurangnya bawalah sedikit bekalan yang sempat diingat, apa yang dipelajari sebelum ini ia akan datang sendiri apabila di dewan peperiksaan nanti.
Sediakan alatan secukupnya
Kadang-kadang hal remeh seperti kad pengenalan, slip dan alatan menulis perlu diingatkan. Hal ini kerana hal remeh itu mempunyai impak yang besar dalam kesediaan emosi dan keyakinan.
Solat hajat
Bagi yang beragama islam, solatlah hajat sebaiknya malam sebelum esoknya. Buatlah malam setiap hari. Doakan anda tenang dan cemerlang menjawab untuk kertas esoknya.
Tidur dalam menghafal
Kalau boleh dan sesuai, bolehlah meghafal sebelum tidur. Kalau boleh biarlah tidur dalam menghafal. Hal ini kerana ia mungkin menjadi igauan malam sehingga membantu ingatan lebih kekal.
Tidur Awal
Kalau nak peperiksaan, pastinya kena tidur awal. Hal ini kerana dalam peperiksaan otak adalah paling penting. Itu sahaja enjin yang kita bawa. Jadi, jagalah otak anda supaya ianya berkeadaan baik apabila sesi memecut dilakukan.
Bangun Awal
Bangunlah awal pagi, ini penting supaya keadaan diri lebih bersedia dan mempunyai lebih masa untuk bersedia.
Untuk calon PMR 2011, abe g dan xpresi.org ucapkan selamat Berjaya dan semoga mendapat keputusan cemerlang hingga mampu memberikan berita gembira kepada kedua ibu bapa masing-masing.
One thought on “Selamat Menempuh Penilaian Menengah Rendah PMR 2011”
opss..lupa..satu lagi nak pesan bila hampir peperiksaan jgn asik dengan nset dan berinternet sahaja..ia membuatkan anda lalai dan membuatkan anda kesuntukan masa.. 🙂