Semak Keputusan Peperiksaan Anak SAPS Ibu Bapa

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Mungkin ada ibu bapa yang baru dengar mengenai SAPS Ibu Bapa ini. Untuk pengetahuan, ada sesuatu yang bermanfaat untuk ibu bapa guna melalui sistem SAPS ini dan ianya percuma tetapi sangat bermanfaat. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah SAPS adalah sistem yang dibuat untuk kegunaan guru sekolah dan juga ibu bapa serta pemantauan berterusan prestasi pelajar.

Masalah Sebelum Kewujudan SAPS Ibu Bapa

Jika sebelum ini ibu bapa sukar untuk memantau keputusan peperiksaan anak. Ada yang sengaja mengabaikan prestasi anak-anak kerana segan ke sekolah. Pemantauan berterusan pencapaian anak sebenarnya sangat penting kerana melalui pemantauan berterusan akan meningkatkan motivasi serta intervensi segera sebelum terlambat.

Di bawah adalah kebanyakan masalah ibu bapa memantau pencapaian anak-anak sebelum kewujudan SAPS Ibu Bapa:

  • Malu untuk berjumpa guru di sekolah
  • Anak menyembunyikan keputusan peperiksaan
  • Kesuntukan masa untuk ke sekolah
  • Jarak perjalanan ke sekolah mempunyai kos
  • Susah untuk akses keputusan anak

Sebenarnya melalui kewujudan SAPS Ibu Bapa ini kesemua masalah diatas dapat diatasi, Hal ini kerana Keputusan peperiksaan anak melalui SAPS Ibu Bapa ini :

  • Dapat disemak bila-bila masa
  • Boleh disemak dimana sahaja ( Keperluan Internet )
  • Lebih lengkap dengan matapelajaran, nama guru
  • Boleh dicetak dalam bentuk slip
Info Tambahan :  Twinning Programmes Malaysia: 3 Cara Belajar Seperti Luar Negara

Namun demikian, SAPS Ibu Bapa ini juga mempunyai kelemahan. Kebanyakan pengguna akan mengadu ianya lambat . Untuk pengetahuan, kemungkinan terjadinya lambat akses kerana berlaku kesibukan terutama minggu puncak kemasukan data pelajar. Setiap guru yang berkaitan akan mula memasukkan data peperiksaan pelajar melalui sistem sama SAPS mengikut jangkamasa yang telah ditetapkan KPM. Seluruh guru di Malaysia akan menggunakan sistem ketika itu memungkinkan ianya akan jadi lambat.

Untuk itu, diharapkan ibu bapa bersabar dan membuat semakan selepas tarikh kemasukan data guru.

Cara semak markah anak SAPS Ibu Bapa

Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.

SAPS Ibu Bapa
SAPS Ibu Bapa
  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah

Semak Keputusan Peperiksaan Anak SAPS Ibu Bapa 1

  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar seperti bertanda 1 tanpa “-“ atau space contoh 817654032123
  • Klik Kotak cari
  • Pilih Negeri sekolah anak anda tersebut bertanda 3
  • Klik kotak Cari disini seperti bernombor 4
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah
  • Selepas itu klik SEMAK seperti bertanda 5.
  • Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,
Info Tambahan :  6 Kemahiran Hidup Powerful di Kampus Universiti

Semak Keputusan Peperiksaan Anak SAPS Ibu Bapa 2

  • Paparan akan menunjukkan No Ic anak anda
  • Anda perlu memilih tahun keputusan peperiksaan yang ingin anda lihat
  • Anda juga perlu memilih jenis pepriksaan tahun tersebut samaada ujian, peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun.
  • Klik pada PAPAR SLIP atau boleh PAPAR MARKAH dengan klik butang yang disediakan.

Anda telah menyemak keputusan markah peperiksaan anak anda ketika tempoh pengisian belum berakhir – Masalah tidak ada keputusan subjek anak

Untuk pengetahuan, jika anda semak dan dapati markah anak anda masih belum sempurna sebagai contoh hanya ada subjek Bahasa Melayu, ia bermaksud guru subjek lain masih belum mengisi SAPS Ibu Bapa. Kejadian ini berlaku sekiranya anda telah menyemak keputusan markah peperiksaan anak anda ketika tempoh pengisian belum berakhir. Adalah lebih baik anda membuat semakan selepas tempoh pengisian supaya anda dapat melihat kesemua markah anaka anda dan juga kedudukan dalam kelas.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *