Dengan teknologi kini semuanya mudah, anda boleh semak KWSP melalui IC dengan kemudahan online yang disediakan. Jika dahulu kita perlu ke pejabat KWSP untuk membuat sebarang semakan atau penyata KWSP tetapi kini anda boleh melihat baki dan penyata hanya dirumah dimana sahaja dan waktu.
Terkini : Syarat Pengeluaran i-Sinar KWSP Akaun 1
Info Lain : Cara Apply Atau Mohon i-Lestari KWSP
Info lain : Tutorial BergambarĀ Memohon KWSP i-Lestari
Bagaimana semak KWSP melalui IC ?
Sebelum ini, kami juga ada berkongsi bagaimana cara untuk membuat semakan online KWSP ini. Untuk membuat semakan KWSP menggunakan IC, anda perlu terlebih dahulu mendaftar ke i-Akaun yang disediakan KWSP. Kemudahan tersebut anda boleh mengakses akaun KWSP dan menyemak simpanan KWSP mengikut keselesaan rumah atau pejabat. Melalui kemudahan i-Akaun tersebut juga anda boleh mendapatkan penyata dan menyemak akaun transaksi dengan mudah secara online.
Untuk majikan juga mempunyai manfaat tersendiri seperti majikan mudah mendaftar keahlian KWSP pekerja, memuat turun borang caruman dan menyemak bayaran caruman yang terdahulu dengan mudah dengan hanya satu klik.
Untuk makluman, jika anda pengguna kali pertama i-Akaun anda terlebih dahulu perlu mendapatkan ID pengguna dan Kata laluan. Ahli boleh mengunjungi mana-mana Kios atau Kaunter KWSP untuk mendapatkan ID Pengguna dan Kata Laluan sementara melalui SMS. Ahli juga mempunyai pilihan untuk menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di talian 03-89226000 dari Isnin hingga Jumaat, 8.00 pagi hingga 6.00 petang.
Layari Lmaan KWSP dan masukkan ID pengguna dan kata lalun sementara yang diterima untuk mengaktifkan akaun secara online dalam tempoh 30 hari selepas pendaftaran.
Info lainĀ :Cara Keluarkan Duit KWSP dan Semakan Baki Akaun Melalui IC RM 500 Bulanan Covid 19
Kelebihan perkhidmatan online KWSP
Manfaat kepada ahli
- Memohon e-Pengeluaran
- Menyemak Penyata KWSP tahun terkini dan tahun sebelumnya
- Menyemak status permohonan pengeluaran dan sejarah pengeluaran
- Menyemak maklumat penamaan
- Mengira anggaran jumlah layak untuk pengeluaran, simpanan dan pelaburan
- Mengemaskini profil termasuk alamat surat-menyurat
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Manfaat Kepada Majikan
- Menggunakan Perkhidmatan e-Caruman
- Penghantaran Borang A Beserta Bayaran
- Penghantaran Borang A Sahaja
- Penghantaran Bayaran Sahaja
- Menggunakan Perkhidmatan e-CTML
- Penghantaran Penyelesaian CTML
- Menyemak nombor KWSP pekerja
- Mendaftar ahli baru KWSP
- Mengakses kalkulator syer dividen bagi majikan Kerajaan
- Menyemak transaksi caruman KWSP terkini
- Menyemak log aktiviti i-Akaun
Jenis Pengeluaran KWSP
Setiap baki simpanan di KWSP boleh dikeluarkan mengikut syarat yang ditentukan. Terdapat banyak jenis pengeluaran KWSP yang perlu kita tahu. Antaranya :
- Pengeluaran Umur 50 Tahun
- Pengeluaran Umur 55 Tahun
- Pengeluaran Umur 60 Tahun
- Pengeluaran Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Hilang Upaya
- Pengeluaran Meninggalkan Negara
- Pengeluaran Pendidikan
- Pengeluaran Pekerja Berpencen Dan Pengeluaran Pesara Pilihan
- Skim Pelaburan Ahli
- Pengeluaran Membina / Membeli Rumah
- Pengeluaran Simpanan Melebihi RM 1 Juta
- Pengeluaran Ansuran Bulanan Pinjaman Perumahan
- Pengeluaran Kematian
- Pengeluaran Kesihatan
- Pengeluaran Haji
- Pengeluaran Perumahan Fleksibel
- Pengeluaran Perumahan PR1MA
Untuk pengetahuan, setiap pengeluaran mempunyai syarat tertentu yang perlu dipatuhi, dapatkan maklumat lanjut syarat pengeluaran ( Maklumat lanjut ).
Segalanya lebih mudah dengan perkhidmatan semakan penyata KWSP secara online ini. Mungkin kadangkala kita perlu melihat dengan sendiri masuk keluar caruman serta baki caruman untuk perancangan masa hadapan.
17 thoughts on “Semak KWSP Melalui IC Kemudahan Online”
Bagaimana Cara Nak Daftar i-Akaun Dalam Online? Nak Semak Penyata KWSP Melalui Online Tanpa Ke Koisk
Saya nak semak no akaun kwsp saya
Saya nak semak no acc kwsp saya
Saye nk semak acc kwsp
Saya ingin semak jumlah kwsp
Mcm mne nak dpt kn ID kwsp melalui online
semak baki dalan akaun kwsp
Mohon penyata akaun kwsp saya
Boleh saya dapatkan penyata kwsp melalui ic
Bolehkah sy dapatkan penyata kwsp saya guna ic
Mcm mne nk dptkan nbr nbr ahli kwsp..dh x igt lh ..
Slm sya nk semak kwsp sya
semak kwsp
Mcm mn nk cek pnyata nieee…
Aslkum..mcm kite nk thu baki kwsp ..melalui online
macam mma nak cek kwsp sbb dh lama…no ahli lupa
Kemaskini kwsp