Semak Lokasi Mengundi dan Tukar Tempat Mengundi

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Pilihan raya umum ( PRU ) sudah tidak lama lagi.  Pastinya ramai yang ingin semak lokasi mengundi dan ada juga yang masih berfikir untuk tukar tempat mengundi. Pastikan lokasi pusat mengundi anda sudah anda ketahui sebelum terlambat.  Bagi memudahkan anda, kami telah melengkapkan artikel ini dengan cara atau panduan untuk menyemak lokasi undi anda.

Semak Tempat mengundi

Semak Tempat mengundi , Kredit Foto : Berita Harian

Pada tahun ini tarikh pengundian adalah pada 9 mei 2018, setiap selang 5 tahun malaysia akan mengadakan pengundian untuk menentukan parti atau pemimpin yang akan menerajui negara kita Malaysia.

Di sabah terdapat banyak parti yang bertanding bagi memenangi PRU kali ini antara parti –parti yang bertanding   ialah  parti cinta sabah ( PCS ),  parti warisan , parti islam semalaya ( PAS) , parti perpaduan rakyat sabah  ( PPRS)  Dan barisan nasional ( BN ). Manakala di semeanjung Malaysia parti harapan, parti bersatu, parti keadilan barisan nasional (BN), democratic action party (DAP). Sebagai seorang warganegaraa Malaysia yang bertangggungjawab anda diwajibkan untuk mengundi di pusat –pusat mengundi anda yang telah ditetapkan.

Syarat utama kelayakan mengundi:

  1. Warganegara Malaysia yang bermastautin di bahagian pilihan raya.
  2. Berumur 21 tahun keatas.

Cara untuk menyemak nama daftar pemilih (pengundi ) spr secara online ( Klik Sini ) dan secara sms. Kepada warganegara Malaysia yang mahu membuat semakan secara online anda bolehlah membuat semakan melalui aplikasi mySPR semak. Untuk menyemak beberapa  maklumat peribadi akan diminta seperti:

  1. Maklumat peribadi pemilik:
  2. Nama penuh:
  3. No kad pengenalan:
  4. Tahun lahir:
  5. Jantina:

Berikut pula merupakan semakan untuk daftar pemilih yang disahkan:

  1. Lokaliti:
  2. Daerah mengundi:
  3. DUN:
  4. Parlimen:
  5. Negeri:
  6. Pusat Mengundi:
  7. Saluran:
  8. Masa Mengundi:
  9. Bil:

Berikut pula merupakan cara untuk menyemak lokasi undi berdasarkan sms:

Taip SPR < jarak> no. MYKAD

DAN SMS  ke 15888

Contoh SPR 123456121345 hantar ke 15888

Pastikan jarak selepas SPR.

Perkhidmatan ini adalah hakcipta terpelihara oleh kerajaan Malaysia. Untuk talian bantuan pengundi bolehlah menghubungi talian bantuan iaitu 03-7804 atau email atau [email protected]. Cas penghantaran adalah sebanyak ringgit Malaysia 0.15/cas penerimaan rm 0.20 ( tidak termasuk  GST ) perkhidmatan adalah tersedia bagi celcom , maxix , dan digi , Umobile,tune talk dan X0X

Cara Tukar Tempat Mengundi

Untuk tukar tempat mengundi ada proses yang disediakan, tetapi untuk tukar untuk tempoh undi terdekat memang mustahil. Hal ini kerana proses pertukaran mempunyai proses menukar alamat pada kad pengenalan dan proses menukar tempat mengundi melalui daftar undi. Proses ini mengambil masa 1-3 bulan yang pastinya perlu dilakukan awal. Tambahan lagi daftar undi juga mempunyai tarikh yang ditetapkan untuk tindakan pengundi.

Walaupun demikian, dibawah adalah syarat oleh JPn untuk tukar tempat mengundi :

SYARAT PERMOHONAN

1. Pemohon mestilah hadir.

2. Borang Pertukaran Alamat (dapatkan di kaunter JPN) telah diisi dengan lengkap.

3. Alamat mestilah menggunakan alamat tempat tinggal tetap di dalam Malaysia. Alamat

tempat   bekerja, pejabat, organisasi atau alamat peti surat (P. O. Box) tidak

dibenarkan.

PROSEDUR PERMOHONAN
Pemohon dikehendaki datang ke Kaunter JPN dan membawa Kad Pengenalan (asal dan salinan):

BAYARAN TUNAI / ELEKTRONIK

Warganegara = RM 10.00

(i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 10.00

(ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad

baru = RM2.00

Bukan Warganegara = RM 40.00

(i) Jika pertukaran alamat melibatkan pengeluaran kad baru = RM 40.00

(ii) Jika pertukaran alamat dalam cip (kemaskini) tanpa melibatkan pengeluaran kad

baru = RM2.00

Makluman: Mengikut Peraturan 15, Peraturan-peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2001) setiap orang hendaklah memohon gantian Kad Pengenalan jika bertukar tempat kediaman yang akan didiami selama 90 hari atau lebih.  

Mengundi merupakan salah satu kewajipan yang harus kita laksanakan sebagai seorang rakyat Malaysia untuk menyuarakan hak dan pendapat kita demi kebaikan masa depan negara yang lebih membangun dan maju. Masa depan negara kita  Oleh itu, sebagai seorang rakyat, kita harus bijak dalam memilih pemimpin yang berkemampuan untuk memajukan negara kita.

Anda tidak perlu resah kerana hasil undian anda adalah rahsia. Bagi warganegara Malaysia yang berada di luar daerah adalah menjadi tanggungajwab anda untuk balik ke pusat anda mengundi dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai warganegara Malaysia yang bertanggungjawab.

Sila jalankan tanggungjawab anda walau dimana pun anda berada.

Pilihan di tangan anda.

Selamat mengundi.

 

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
2 years ago

[…] anda telah didaftarkan di Suruhanjaya pilihanraya Malaysia (SPR). Untuk pengetahuan anda, semakan boleh dilakukan di laman web SPR, kemudian masukkan nombor kad pengenalan anda di ruang yang disediakan . Bukan itu sahaja, anda […]

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x