Semak Markah Peperiksaan Anak Online SAPS

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Lihat Keputusan Peperiksaan Sekolah Anak Online

Tahukah anda, SAPS juga merupakan kemudahan untuk ibu bapa melihat keputusan peperiksaan atau ujian anak-anak masing. Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah atau SAPS merupakan satu sistem sebagai agen perantara antara sekolah dengan ibu bapa, sekolah dengan bahagian pendidikan daerah dan negeri dalam memantau keputusan peperiksaan dalaman serta luaran sekolah.

Dengan adanya sistem SAPS ini, ibu bapa dan juga pihak berkaitan dapat mengakses dan membuat tindakan bagi meningkatkan lagi prestasi akademik pelajar dalam menningkatkan lagi keberhasilan dalam pendidikan.

Mungkin berita baik bagi pelajar yang cemerlang, tetapi mungkin sesuatu yang merisaukan bagi pelajar yang tidak cemerlang yang selalu menyorokkan keputusan ujian atau peperiksaan kepada kedua ibu bapa penjaganya. Walau demikian, kemudahan yang ada ini sebenarnya membantu pelajar yang tidak cemerlang supaya sentiasa di beri perhatian demi masa depan yang lebih baik.

Bagaimana Cara Semak Markah Melalui SAPS

Untuk membantu ibu bapa saya sediakan sedikit tutorial bergambar bagi memudahkan ibu bapa yang rata-rata mempunyai masalah penggunaan IT.

  • Klik pada SEMAKAN IBU BAPA seperti dalam bulatan diatas atau KLIK SINI
  • Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah

  • Taip/ isikan no kad pengenalan anak atau pelajar seperti bertanda 1 tanpa β€œ-β€œ atau space contoh 817654032123
  • Klik Kotak cari
  • Pilih Negeri sekolah anak anda tersebut bertanda 3
  • Klik kotak Cari disini seperti bernombor 4
  • Pilih sekolah mereka samada sekolah rendah atau menengah
  • Selepas itu klik SEMAK seperti bertanda 5.
  • Selepas itu paparan seperti gambar dibawah akan muncul,

  • Paparan akan menunjukkan No Ic anak anda
  • Anda perlu memilih tahun keputusan peperiksaan yang ingin anda lihat
  • Anda juga perlu memilih jenis pepriksaan tahun tersebut samaada ujian, peperiksaan pertengahan tahun atau akhir tahun.
  • Klik pada PAPAR SLIPΒ  atau boleh PAPAR MARKAHΒ  dengan klik butang yang disediakan.

Kadangkala ada markah yang tidak dipaparkan kemungkinan ia masih dalam proses atau belum dikemaskini oleh guru bertanggungjawab, Ibu bapa boleh bertanyakan kepada pihak sekolah demi menambah lagi hubungan erat ibu bapa dengan pihak sekolah demi masa depan anak dan pelajar yang disayangi.

Video Tutorial SAPS Ibu Bapa

Diharapkan cara semak markah peperiksaan atau ujian anak mahupun pelajar secara online sistem SAPS ini akan sedikit sebanyak membantu dalam meningkatkan lagi kecemerlangan serta kemudahan kepada ibu bapa, guru dan pihak berkaitan.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
43 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
2 years ago

[…] bawah adalah kebanyakan masalah ibu bapa memantau pencapaian anak-anak sebelum kewujudan SAPS Ibu […]

nur yusra
Guest
3 years ago

Alhamdulilah,saye dapat no.4.Saye akan cube lagi.

fiziesss
Admin
Reply to  nur yusra
3 years ago

Tahniah..moga terus berjaya

nadia
Guest
3 years ago

Saya cuba buka banyak kali tapi dia ti nombor kp tiada dalam pangkalan data. Susahla macam ni.

nabilahuda
Guest
4 years ago

Dah tahu nanti tahun6 ni doa kan saya ye dapat 6 A tau…AMIN

fiziesss
Admin
Reply to  nabilahuda
4 years ago

InsyaAllah usaha kne lebih..

muhammad amirul hakim
muhammad amirul hakim
Guest
4 years ago

saya nak tengok keputusan peperiksaan darjah 6

shasha
shasha
Guest
6 years ago

Saya dah cuba beratus ratus kali tp mesti kuar masukkan kp dahulu..saya tak tahu lg nak buat camne..saya nk tgk keputusan percubaan upsr anak saya

QStaff2
Editor
Reply to  shasha
6 years ago

Maaf, link yang kami letak telah rosak.. kami telah baiki kembali..harap ia membantu..

Putera Aiman Danial
Putera Aiman Danial
Guest
6 years ago

SAYA YAKIN AKAN DAPAT 5A….AMINNN

fiziesss
Admin
Reply to  Putera Aiman Danial
6 years ago

Amin..smoga berjaya

Herda
Herda
Guest
6 years ago

Thn lps lgsg sy xtau keputusan peperiksaan ank sy..mgkn sbb thn 2 x blh semak kot..sbb ank sy suka sorok keputusan peperiksaan dia yg lemah. Tp dia akn tnjuk keputusan yg cemerlang sj..bila tny yg lain2 dia kata cikgu x bg lg..thn ni td dh semak ada dlm data dh nama dia..so sy dh warning dia..jgn cuba2 nk sorok lg ok..dia senyum je..mudah sikit kje sy dgn adanya SAPS ni.. πŸ™‚

alia
alia
Guest
7 years ago

bagaimana nak buka system untuk check linus buat darjah 1 hingga 3 ?

Yusamelia
Yusamelia
Guest
7 years ago

Npe x leh buke,,,,, :'(

SITINUR SYAFIQA HUSNA BINTI ZAILANI
SITINUR SYAFIQA HUSNA BINTI ZAILANI
Guest
Reply to  Yusamelia
5 years ago

Kenape tk boleh bukak.

rizal
rizal
Guest
7 years ago

mcam mne nak thu senarai name dalam kelas bagi sesi thun 2013.? ada cra nyer tak.?

nurjannah binti hassim
Guest
7 years ago

muda2 saya lulus aminnnn………..

eikha zul
Guest
7 years ago

alaa..susah nye kalau macam nie…… :'(

muhammad syafiq
muhammad syafiq
Guest
8 years ago

PLEASE GIVE ME TO OPEN THE WEB

yamashita
Guest
8 years ago

heeeeeeeeeeeeee saya lulus semua

yusof
yusof
Guest
8 years ago

salam satu malaysia, sy terkilan knpe result exam xsame dgn rsult di saps . sye hrap prkra trsebut dpt diperbtulkn dgn sgera spya snang parents dpt mgtahui kputusn exam yg mktmad.

Inn
Inn
Guest
Reply to  yusof
4 years ago

Dalam sistem, anak saya dapat D untuk Matematik. Tapi bila bawa balik kertas ujian, jelas keputusan yang patut dapat ialah B. Maka saya telah ke sekolah berjumpa dengan guru kelas. Alhamdulillah, guru kelas mengakui kecuaian dalam memasukkan markah dan telah membuat pembetulan. Nasihat saya, jangan segan-silu berjumpa guru kelas kerana ia melibatkan masa depan anak kita. Lebih-lebih lagi dengan adanya sistem sebegini, sesiapa pun boleh semak keputusan anak kita asalkan dia tahu No MyKid atau Surat Lahir.

fiziesss
Admin
Reply to  Inn
4 years ago

Betul tu..guru juga manusia, ramai juga pelajar yg perlu diuruskan..apa yang inn lakukan menunjukkan kerjasama dan keperihatinan ibu bapa bersama mendidik anak-anak.

Amy
Amy
Guest
8 years ago

Alhamdulillah good job and makes it easier to check on my child results. Only comment cuba isis no sijil beranak rather than ic baru boleh dapat info. Lagi satu improvements how do we check for anak tahun 2 sesi 2012 ni sistem barukan

aisyah
aisyah
Guest
8 years ago

sye dh tgok dh keputusan ujian 1 2012 sye dpt 4a 1b no.2 dlm kelas dn aliran

nur fatihah bt abdul rahim
Guest
8 years ago

tk sabar la nak tengok keputusan peperikasaan

HAZWANI
HAZWANI
Guest
8 years ago

BUKAK X DA PUN

fiziesss
Admin
Reply to  HAZWANI
8 years ago

Memanh xde..sebab kadang-kadang cikgunya belum isi.. πŸ™‚ boleh rujuk sekolah..

nadiah athirah binti ismail
nadiah athirah binti ismail
Guest
Reply to  fiziesss
8 years ago

saya buka tapi keluar nama orang lain.

Lalipop
Lalipop
Guest
Reply to  nadiah athirah binti ismail
8 years ago

Kacian !! πŸ™‚

MimFa
MimFa
Guest
8 years ago

Saya frust sangat2 sbb dah jadi satu trend dlm culture kementerian… kalau nak buat apa2, buat study lebih kurang ( 2,3 bulan jer), terus implement… tak buat stress test ke? Tak study expected crowd ke? Langsung tak ada ciri2 customer centric… yg depa tau (tukang buat tu la).. “janji aku dah buat as diarahkan oleh Pak Menteri… lepas tu, lantak koranglah… aku ada seribu satu alasan nak salahkan korang2 yang tak guna benda ni..” Minta tolong sangat2 la… study betul capability SAPs ni… saya rasa ianya tak cukup robust untuk kegunaan berjuta rakyat di negara ni… FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!! FRUST!!!… Read more »

fiziesss
Admin
Reply to  MimFa
8 years ago

Entah la mimfa..saya pun ada ramai pelawat adu cam ni..sy xbleh banyak komen hal ni..ada yang ada dtg komen benda positif..yang mana ia sangat baik dan memberi kemudahan..dan ada juga yang mengemukakan kelemahannya..bagi saya, setiap pekara ada kebaikan dan keburukan tertentu..ia lebih ketara bila ia baru diperkenal..apa2 pun..segala yg lemah itu menjadi pemangkin untuk menjadi lebih baik untuk hari2 seterusnya.. πŸ™‚

roslan
roslan
Guest
8 years ago

kenapa saya tengok keputusan di buku rekod sekolah tak sama dengan SAPS

fiziesss
Admin
Reply to  roslan
8 years ago

Mungkin tesilap isi kot..kadang-kadang dlm rekod tu mungkin exam lain, yang dimaksudkan dlm saps exam lain, kdg2 tu ada sekolah yg buat exam tambahan. Baik Lan rujuk cikgunya…mungkin tesilap ke..mane tau.. πŸ™‚

nik hulwani bt nik ibrahim
nik hulwani bt nik ibrahim
Guest
8 years ago

Good job. As a teacher, we appreciated what u all have done..rasa2nya lepas ni tk perlu lg report book unless kalau parent nk, print saja…tk payah parent risau bab anak sorok report book or salah kn ckgu sbb tk bg2 lg result..semuanya selaras..ckgu pn boleh buat kerja dr rumah…sbg parent, sy pn boleh tau kedudukan anak secara keseluruhan..tk adalah nk marah anak2 tnpa melihat senario secara keselruhannya..tq

fiziesss
Admin
Reply to  nik hulwani bt nik ibrahim
8 years ago

Umm..betul tu..setuju.. kali ni mmg xleh nak sorok la.. pastu bleh pantau kemajuan anak walau dirumah.. πŸ™‚

Reen
Reen
Guest
8 years ago

hmpp.. apsal kte da bgi no ic tpi kte xda dlam data erk?

fiziesss
Admin
Reply to  Reen
8 years ago

Mungkin sebab guru kelas belum masukkan data anak atau diri lagi. Sebab bukan semua negeri dah buat kemaskini data. Masih banyak lagi yang belum penuhkan data-data pelajar, apa lagi markah. Mungkin ada sebab2 kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Bleh cuba rujuk sekolah πŸ™‚

Sha
Sha
Guest
8 years ago

Terima kasih dengan kewujudan portal ini satu penanda pendidikan maju selangkah ke hadapan..syabas dan tahniah kepada yang terlibat dalam pewujudan portal ini….untuk penambahbaikan saya mencadangkan agar pihak editor menambah butang-butang pautan seperti borang2 kemasukan ke universiti/ kolej serta syarat2 kemasukannya sekali dan sebagainya untuk memudahkan ibubapa, terimakasih.

fiziesss
Admin
Reply to  Sha
8 years ago

Portal yang mana satu? yang SAPS ke atau xpresi.org ni? cadangan yang bernas, memang saya nak buat macam tu, tapi akan saya lakukan sedikit demi sedikit mengikut keluangan masa..Terima kasih πŸ™‚

Datok
Datok
Guest
8 years ago

Uik, ini baru terbaeik..kali ni anak aku xleh buat senyap2 dah ni..

fiziesss
Admin
Reply to  Datok
8 years ago

Kne ingat no IC la..mane tau ada yg sorok ic plak dgn bapak die.. πŸ˜‰

shira
Guest
Reply to  Datok
8 years ago

sedih ujian saya tak dapat tengok

nurul nabila
Guest
Reply to  shira
3 years ago

tak pa la saye pon same

43
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x