Semak Permohonan Kemasukan ke UITM (Asasi Undang-undang Sesi 2 2020/201), keputusan kemasukan ke Asasi undang-undang UiTM sesi 2 2020/ 2021 telah diumumkan. Pelajar boleh menyemak keputusan permohonan program Asasi dengan KLIK LINK ini bagi semakan keputusan permohonan.
**Bagi mereka yang Tidak Layak untuk menempatkan diri ke Program Asasi Undang-undang ini, JANGAN kecewa sesungguhnya Allah ada perancangan yang lebih baik untuk anda**
Surat Tawaran bagi kemasukan ke Asasi Undang-Undang UiTM Sesi 2 2020/2021 akan dikeluarkan pada 25 November 2020. Pada tarikh yang sama juga pelajar boleh klik SETUJU TERIMA/ MENOLAK TAWARAN kemasukan ke Asasi Undang-Undang ini. TARIKH AKHIR terima tawaran ini adalah pada 15 Disember 2020 (Selasa).
Sekiranya pelajar telah KLIK TERIMA maka Langkah seterusnya adalah pelajar perlu Klik pendaftaran secara online bermula pada 25 November 2020 sehingga 15 Disember 2020.
“Jangan melengahkan pendaftaran kerana ditakuti pendaftaran akan menjadi sukar apabila terlalu ramai yang membuat pendaftaran disaat akhir”
Keputusan Permohonan kemasukkan bagi program Diploma akan dimaklumakan kemudian. Pelajar disarankan untuk melihat kalender di http://pengambilan.uitm.edu.my
Sebarang pertanyaan mengenai permohonan atau lain-lain pertanyaan boleh bertanya melalui:-
Tel: (+603) 5544 3194/ 3196/ 8067 (unit Diploma/ Asasi/ Professional)
Faks: (+603) 5544 3170/ (+603) 5543 8534
Email Rasmi Unit: [email protected]
Laman Web Rasmi: http://pengambilan.uitm.edu.my
Pasti ramai yang tidak mengetahui lagi syarat kemasukan ke Asasi Undang-Undang UiTM ini. Jadi, kami akan berkongsikan serba sedikit syarat am universiti bagi kemasukan ke Asasi Undang-undang UiTM.
Antara syarat Am Universiti bagi program asasi undang-undang LEPASAN SPM adalah:-
1) Gred A dalam Bahasa Inggeris
2) Kepujian Matematik/ Matematik Tambahan
3) Gred A dalam mana-mana 3 matapelajaran lain TIDAK TERMASUK Matematik/ Matematik Tambahan/ Bahasa Inggeris.
** Keutamaan akan diberikan kepada calon yang mempunyai keputusan cemerlangan dalam bidang akademik**
“Ambilan calon Lepasan SPM adalah bagi tahun semasa SAHAJA”
Syarat bagi pemohon aliran Sains/ Teknikal dan Sastera:-
1) Terbuka kepada keturunan Melayu, Anak Negeri Sabah, Anak Negeri Sarawak dan Orang Asli SAHAJA.
**Pengambilan pada bulan Jun & November SAHAJA**
2) Syarat Am Universiti
• Memilki SPM atau setaraf yang di iktiraf oleh Kerajaan Malaysia dengan mendapat 5 kepujian Termasuk Bahasa Melayu
DAN
Lulus Sejarah (Mula diguna pakai SPM 2013)
√ Calon lulusan Asasi (Asasi Undang-undang) UiTM WAJIB melanjutkan pelajaran di UiTM sahaja.
Calon Asasi Undang-Undang TIDAK boleh membuat permohonan ke Universiti Awam yang lain sekiranya mengambil Asasi Uitm ini”
√ Calon yang lulus dan tamat dalam program Asasi UiTM (CGPA 3.00 ke atas) LAYAK menyambung pengajian Program Sarjana Muda Undang-Undang (kepujian) di fakulti Undang-Undang UiTM.
“Calon perlu mendapatkan MUET band 4 dan diperaku temuduga sebagai syarat kelayakan tambahan”
√ Selain daripada menyambung pengajian ke program Sarjana Muda Undang-undang, calon juga boleh memohon program lain yang ditawarkan oleh fakulti/ pusat akademik. Tetapi pelajar perlu mengikut segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
Antara fakulti yang boleh di pohon adalah:-
- Fakulti seni lukis dan seni reka (perlu hadiri temuduga)
- Fakulti Komunikasi dan pengajian media (perlu hadiri temuduga)
- Akademik pengajian bahasa (perlu hadiri temuduga)
- Fakullti pengurusan hotel dan pelancongan
- Fakulti pengurusan dan perniagaan
- Fakulti Filem, teater dan animasi
- Fakulti Sains pendaftaran dan Peng Polisi
“Pelajar program ini TIDAK DITAWARKAN setiap setiap program UiTM. Pemilihan dibuat secara MERITOKRASI pencapaian akademik yang cemerlang, bilang tempat yang ditawarkan serta pesaingan dari lulusan STPM, matrikulasi dan Setaraf”
**Bermaksud bertapa cemerlang pon anda, anda tetap perlu membuat permohonan dalam apa juga bidang yang diingini**
Permohonan penerapan ke program sarjana muda boleh dibuat melalui sistem online yang disediakan oleh bahagian pengambilan pelajar dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.
Rujukan:
1) https://ms.m.wikipedia.org/wiki/Meritokrasi
Sangat bermanfaat…
Terima kasih