Semak Salinan Cetakan MQA Asasi dan Diploma

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Malaysian Qualifications Agency MQA

Malaysian Qualifications Agency MQA

Kami ada menerima pertanyaan berkaitan bagaimana semak online MQA serta cara mendapatkan salinan untuk dimuat naik semasa permohonan UPU. Kebiasannya permohonan UPU tidak memerlukan muat naik salinan MQA tetapi bagi lepasan Asasi, Diploma atau persediaan ijazah tidak kira dari institusi pengajian awam atau swasta perlulah menyertakan sekali slip cetakan MQA untuk pengajian yang telah diambil sebelum ini.

Permohonan UPU Melibatkan Cetakan MQA

  • Lepasan Asasi Awam/swasta
  • Persediaan Ijazah ( Foundation ) Awam/swasta
  • Diploma

Apa tu MQA telah kami terangkan sebelum ini, secara ringkas Malaysian Qualifications Agency MQA menjalankan fungsi keselarasan serta standart kualiti setiap kursus pengajian yang ingin dilaksanakan oleh institut pengajian tinggi awam dan swasta. Setiap kursus pengajian perlu berdaftar melalui Malaysian Qualifications Register MQR serta memenuhi syarat khas yang ditetapkan supaya ia betul-betul bersedia dan dapat melahirkan lulusan atau graduan yang berkualiti.

Oleh demikian, pengajian yang tidak mempunyai MQA dilihat tidak memenuhi kriteria standart kualiti dan boleh mendatangkan masalah kepada pelajar kursus tersebut terutama ingin menyambung pengajian serta memohon pekerjaan.

Fungsi Malaysian Qualifications Agency MQA

  • Melaksanakan MQF sebagai titik rujukan kelayakan Malaysia;
  • Membangunkan kriteria dan standard sebagai rujukan kebangsaan bagi penganugerahan kelayakan dengan kerjasama pelbagai pihak berkepentingan;
  • Menjamin kualiti institusi-institusi pengajian tinggi dan program-program;
  • Memberi perakuan akreditasi kepada program-program yang memenuhi kriteria dan standard yang ditetapkan;
  • Memudah cara pengiktirafan dan penyetaraan kelayakan; dan
  • Mengendalikan Daftar Kelayakan Malaysia (Malaysian Qualifications Register, MQR)

Sumber : Wikipedia

Bagaimana Cara Semak dan Muat naik cetakan MQA

Untuk memudahkan pemahaman, kami ada sediakan video tutorial bagaimana membuat semakan kelayakan pengajian menerusi MQA serta bagaimana mendapat cetakan Slip pendaftaran MQA untuk pengajian.

Untuk mendapatkan cetakan serta muat naik MQA pengajian anda bolehlah merujuk video tersebut atau melalui langkah dibawah :

  1. Sila ke http://www.mqa.gov.my/mqr/
  2. Klik pada Pilihan BAHASA MALAYSIA pada sudut atas web
  3. Klik pada Carian Kata Kunci ( Sebelah kanan web )
  4. Scroll dibawah, masukkan nama kelayakan anda. Kelayakan anda adalah nama Diploma atau asasi yang anda telah ambil. Untuk tidak menyukarkan anda, anda boleh menaip keyword pengajian anda.
  5. Taip Nama IPT pada kotak Nama IPT, anda boleh masukkan nama IPT ringkas atau nama penuh.
  6. Klik Mula Carian
  7. Setelah butang mula carian di klik senarai pengajian yang berkaitan akan muncul, klik PAPAR pada kelayakan pengajian anda.
  8. Paparan lanjut pengajian anda akan muncul dan anda perlu klik cetak melalui butang CETAK yang disediakan diatas web.
  9. Slip cetakan akan keluar sebagai format Pdf, anda boleh muat turun slip tersebut dan lampirkan melalui muat naik yang disediakan ketika permohonan UPU.

Cetakan dan muat naik slip MQA ke laman permohonan UPU ini hanya pada lepasan selain melalui SPM sekolah harian biasa.

Kesimpulan Akreditasi MQA dan UPU

Sebenarnya langkah memerlukan bukti akreditasi MQA ini bertepatan bagi memastikan setiap pelajar yang menyambung pengajian adalah dari pengajian yang telah didaftarkan serta menunjukkan kredibiliti pengajian pelajar sebelum ini.

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
trackback
1 year ago

[…] boleh baca detail penerangan kami berkenaan MQA ini menerusi pautan yang kami […]

0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x