Semakan dan Penebusan kredit eBelia E-Wallet yang mulai 1 Jun telah di umumkan oleh Perdana Menteri menerusi Pembentangan Program PEMERKASA Rakyat pada bulan Mac yang lepas Justeru itu, setiap belia dan pelajar IPT boleh menarik nafas lega kerana pihak kerajaan TIDAK pernah melupakan setiap satu rakyat mereka.
eBelia merupakkan salah satu inisiatif kerajaan menerusia program PERMERKASA. Ianya merupakan salah satu program untuk membantu belia dan pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Malaysia. Belia dan pelajar IPT LAYAK menerima bantuan kredit e-wallet menerusi program eBelia menerusi Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi (PEMERKASA).
TAHUKAH ANDA!!!
Program PEMERKASA ini mempunyai 5 fokus dan 20 inisiatif pemulihan ekonomi. Ianya bagi merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi Negara disebabkan oleh pandemik COVID -19.
Tujuan sebenar pemberian bantuan e-Wallet ini kepada belia dan pelajar IPT adalah bagi MENGGALAKKAN:-
- Penggunaan transaksi tanpa tunai terhadap golongan belia di dalam negara.
- Merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi negara yang merundum baru-baru ini.
Apakah itu Program eBelia PEMERKASA?
Program eBelia PEMERKASA merupakan salah satu inisiatif yang telah diumumkan oleh pihak kerajaan melalui Belanjawan 2021. ianya bertujuan meringankan beban kewangan selain menggalakan penggunaan transaksi tanpa tunai dimana-mana cawangan yang mempunyai sistem ini.
Semakan Dan Penebusan Kredit eBelia E-Wallet Mulai 1 Jun
Syarat kelayakan permohonan eBelia RM150
Setiap permohonan mempunyai syarat kelayakan yang tersendiri. Justeru itu, sebelum memohon eBelia ini anda WAJIB ketahui syarat kelayakan permohonan eBelia ini.
Antara syarat kelayakan permohonan eBelia ini adalah:-
- Belia berumur 18 hingga 20 tahun
- Belia yang sedang belajar di IPT secara sepenuh masa sahaja (diploma/ SKM 4 ke atas)
Permohonan boleh dibuat melalui aplikasi e-tunai dari Apple-App store, Google Play store atau Huawei AppGallery. Justeru itu, sebelum membuat penebusan belia WAJIB muat turun aplikasi e-Wallet ini dahulu.
Tarikh Penebusan dan Cara Penebusan Kredit eBelia E-Wallet
Menerusi pembentangan Belanjawan PEMERKASA pada bulan Mac 2021, Perdana Menteri memaklumkan bahawa pelaksanaan Program eBelia ini akan dilaksanakan mulai Jun 2021. Setiap belia yang LAYAK boleh melakukan penebusan kredit eBelia e-Wallet sebanyak RM 150. Penebusan boleh dibuat mulai 1 Jun 2021 sehingga 22 Julai 2021.
Permohonan boleh dibuat menggunkan aplikasi e-Wallet seperti:-
- Touch n Go e-Wallet
- Boots
- Grab Pay
- Big Pay
Pada tarikh penebusan, sistem e-Wallet ini akan memaparkan permohonan penebusan. Justeru itu, bagi mereka yang LAYAK MUNGKIN akan keluar LINK untuk membuat permohonan untuk membuat penebusan e-Wallet tersebut. Setelah KLIK link tersebut anda perlu mengisi semua maklumat diri seperti permohonan e-Wallet RM50 dahulu.
PENTING!!!
PASTIKAN belia atau pelajar IPT menggunakan e-Wallet yang berdaftar di aats nama dan no kad penegnalan anda BUKAN e-Wallet yang digunakan oleh ibu bapa anda. Hal ini akan menyebabkan anda TIDAK LAYAK untuk melakukan permohonan e-Wallet tersebut.
Walaupun sistem memerlukan pengesahana muka tetapi sekiranya anda menggunakan e-Wallet orang lain maka anda TIDAK akan dapat menebusan e-Wallet tersebut. Semua ini bagi menjaga ata maklumat peribadi orang yang berdaftar. Kebiasaanya, bantuan akan dimasukan selepas melakukan penebusan. Penerimaan bantuan adalah dalam masa 7 hari atau lebih (TIDAK TERTULIS semasa pembentangan) tetapi ianya merupakan kebiasaanya.
Sebarang pertanyaan atau maklumat lanjut berkenaan dengan program PEMERKASA eBelia ini boleh melayari laman web ini https://www.mof.gov.my.Menerusi laman web ini juga anda boleh mengetahui bantuan-bantuan PEEMRKASA yang lain.
Setiap satu usaha yang dilakukan oleh kerajaan adalah bagi memastikan setiap rakyat dapat menerusikan kehidupan walaupun di dallam keadaan pandemik ini. Walaupun kesusahan yang dihadapi tetapi apa yang PENTING kita perlu sentiasa berasa bersyukur dan redha akan setiap dugaan yang datang kerana ianya merupakan nikmat yang bukan semua perolehi.
Perlu diingati, kita perlu bersyukur dan redha tetapi selagi ada kudrat yang diberikan oleh ALLAH kita WAJIB berusaha untuk mendapatkan rezeki yang halal untuk diberikan kepada ahli keluarga selain daripada bantuan yang disediakan oleh pihak kerajaan. Bantuan akan habis apabila tiba masanya tetapi usaha tidak akan pernah habis kerana itu adalah usaha yang tiada penguhujungnya.