Semakan IPG Keputusan PPISMP Institut Perguruan Tahun 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan IPG Keputusan PPISMP Institut Perguruan Tahun 2014 1

KPM

Bagi pelajar lepasan SPM yang sebelum ini ada memohon ke IPG, Semakan keputusan PPISMP ke IPG telah mula dibuka. Semakan tawaran ke IPG Program Persediaan Ijazah Sarjana Muda ( PPISMP ) adalah bagi pemohon Program Calon guru Tajaan KPM lulusan SPM ambilan Jun 2014.

Semakan Online IPG

Semakan mula dibuka pada hari ini 17 Jun 2014 sehingga 25 Jun 2014 dan mula boleh disemak melalui Aplikasi online yang disediakan di http://apps.moe.gov.my/smg/02/020002/spcg/index.cfm

Untuk membuat semakan calon perlu memasukkan no kad pengenalan dan kata laluan sebelum ini yang didaftarkan dalam aplikasi online yang disediakan. Ruangan membuat semakan ada di sebelah kiri atas aplikasi semakan yang disediakan.

Info Tambahan :  15 Panduan Permohonan UPU Secara online

Apabila semakan telah dibuat, bolehlah bersedia dengan menyediakan dokumen yang diperlukan dan bersiap sedia untuk mendaftarkan diri mengikut lokasi dan masa yang ditetapkan. Semoga anda terus maju dan berusaha belajar dan menjadi pendidik suatu hari nanti.

Subscribe
Notify of
guest
2 Comments
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
ahmad zaki
ahmad zaki
Guest
7 years ago

nak tanya anak sya dah semak tetapi tidak tersenarai.adakah ada ambilan kali kedua, berpeluangkah anak untuk tersenarai…sekarang dia tidak belajar dimana mana institusi pendidikan lain.

fiziesss
Admin
Reply to  ahmad zaki
7 years ago

jika sebelum ni, tidak ada pengambilan kedua, sebab persaingan ke IPG ni sengit, jarang yang terpilih tidak melaporkan diri. mungkin boleh cuba ke Institusi lain atau menerima tawaran Diploma atau membuat rayuan STPM