Sebagai makluman, semakan ke tingkatan 4 untuk tawaran ke tingkatan 4 Sekolah asrama Penuh SBP untuk tahun kemasukan 2013 sudah mula boleh disemak online melalui Laman Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia.
Semakan dibuka adalah bagi pemohonan sebelum ini iaitu pelajar lepasan PMR 2012 yang berhasrat untuk meneruskan pengajian tingkatan 4 di sekolah Berasrama penuh.
Semakan bleh dibuat mulai 16 Januari 2013 ( rabu ) secara online di Laman Rasmi KPM atau terus ke Aplikasi Semakan Tawaran ke tingkatan 4 SBP ( KLIK SINI ).
Cara membuat semakan
- Masukkan no. Kad Pengenalan dan angka giliran PMR 2012 dan klik butang “ Semakan “
- Pastikan maklumat NO. KAD PENGENALAN dan ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PMR calon.
- Pemohon perlu semak dengan teliti maklumat yang dipaparkan, sekiranya Berjaya dan bersetuju dengan tawaran, surat dan lampiran tawaran Wajib dicetak segera selepas semakan dan dibawa semasa hari pendaftaran.
Rayuan dan borang rayuan
Rayuan juga boleh dibuat menerusi online yang disediakan. Sekiranya permohonan tidak Berjaya, permohonan boleh dibuat dengan mengisi secara online di Rayuan SBP 2013 ( KLIK SINI ). Rayuan adalah berdasarkan kekosongan yang ada.
Pertanyaan lanjut dan rujukan
Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.