

Sistem e-Pangkat secara online merupakan sistem yang diwujudkan untuk kemudahan kenaikan pangkat serta mengelak sebarang kesilapan dan pemudahcara dalam pengurusan kenaikan pangkat kakitangan Kementerian Pelajaran Malaysia KPM. Sistem e-Pangkat ini bermula sejak 21 Ogos 2008 dimana bagi mengelakkan kelemahan dalaman pengurusan pangkat seperti kelewatan memproses urusan dan juga kelewatan memperoleh kenaikan pangkat. Selain itu juga masalah seperti pertindihan urusan dalam pengesyoran dan proses kenaikan pangkat juga mampu menjejaskan imej KPM.
Jika masalah sebelum ini, kebanyakan kenaikan pangkat adalah mengalami masalah kerana kadangkala individu tidak dinaikkan pangkat kerana maklumat yang tidak lengkap, tidak tepat, tidak kemaskini, tidak teratur dan tidak sistematik. Oleh demikian, penggunaan sistem e-Pangkat ini mampu menstrukturkan lagi serta memberikan lebih akses maklumat untuk urusan kenaikan pangkat seseorang kakitangan.
Capaian e-Pangkat
Untuk melayari sistem e-Pangkat bolehlah terus ke sistemnya disiniĀ
Objektif e-Pangkat dilaksanakan.
- Mengautomasikan semua proses dan operasi urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan dan pertukaran jawatan kenaikan pangkat.
- Membolehkan perancangan urusan pemangkuan, kenaikan pangkat, penempatan pemangkuan, pertukaran jawatan kenaikan pangkat dilaksanakan dengan cepat dan tepat pada waktunya
- Membudayakan sistem kerja semua urusan naik pangkat yang cekap dan sistematik melalui aplikasi teknologi maklumat dan kumunikasi.
- Memupuk rasa tanggungjawab untuk mengemaskini dan melengkapkan data-data naik pangkat dari setiap peringkat.
- Menyediakan satu sistem maklumat kenaikan pangkat yang fleksibel dan kemas bagi memenuhi keperluan warga KPM dan stakeholders.
Diharapkan sistem sedia ada ini mampu lebih memudahkan urusan serta mengelak sebarang kelemahan dalam urusan kenaikan pangkat PPP mahupun AKS kakitangan Kementerian Pelajaran.
Bagaimana untuk mengemas kini gaji hakiki pada epgkat..kerana gaji hakiki yg tertera tdk sma dgn gji hakiki sebeanr saya..
Disahkan dalam DGA32 pada 1/1/2006 dan sepatutnya sudah DGA34 pada tahun 2014. Telah Tamat belajar pada tahun 1/5/2013 dan sepatutnya sudah DG42 pada tahun ini.