Semakan Kemasukan USM Lepasan STPM/ Setaraf 2014/ 2015 Online

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Maklumat dibawah bagi memaklumkan semakan ke USM online lepasan STPM/ setaraf tahun 2014/ 2015. Kami banyak menerima pertanyaan bilakah keluarnya keputusan kemasukan ke Universiti Sains Malaysia bagi program Ijazah?

Untuk pengetahuan, bagi yang sebelum ini ada memohon kemasukan ke USM melalui sistem online yang disediakan, keputusan ke USM boleh disemak tidak lama lagi. Semakan adalah dibuka untuk pemohon ke Program Sarjana Muda ( sepenuh masa ) untuk kemasukan 2014/ 2015.

Bagi yang asik bertanya bila ianya mula boleh disemak, susah untuk kami maklumkan ketika ini, berdasarkan laman rasmi USM, keputusan USM tersebut akan mula dikeluarkan minggu depan lebih kurang sama tarikhnya dengan keputusan ke IPTA lain melalui UPU.

Oleh itu, bersabarlah. Teruskan kerja-kerja yang dibuat sekarang, sambung kerja sambilan yang anda semua lakukan kini, jangan lupa sentiasa berdoa dan bersedekah. InsyaAllah anda akan Berjaya ditempatkan ke USM kelak. Tapi ingat, hanya yang memohon USM sahaja, sebab USM dan UPU adalah 2 sistem permohonan berbeza. Pastikan anda memohon UPU dan jika berminat USM perlu juga memohon di USM.

Semoga impian anda ke USM tercapai, tidak perlu bersesak membuat semakan online nanti, keputusan tetap dah tersurat, tidak akan berubah keputusan kemasukan anda jika anda lebih dahulu menyemak keputusan atau paling lewat menyemak keputusan. Kan anda semua dah matang, bertindaklah dengan bijak, jangan banyak masa membazir tunggu loading internet, banyak kan berdoa.. pasti akan dapat. Pihak kami akan update maklumkan anda jika dah mula boleh disemak bila tiba masanya nanti, pastinya kami akan bantu anda cari dimana alamat untuk membuat semakan nanti.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top