Semakan Keputusan IKBN Pengambilan 2016

Ad Blocker Detected

Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Permohonan IKBN

Semakan Keputusan IKBN

Adakah anda ada memohon IKBN sebelum ini? Semakan keputusan IKBN untuk tahun 2016 telahpun dibuka. IKBN iaitu Institut Kemahiran Belia juga menjadi salah satu altenatif pelajar yang meminati bidang kemahiran dan mempunyai perancangan yang baik dalam masa depan memenuhi keperluan pekerja berkemahiran.

Semakan keputusan IKBN

Semakan keputusan IKBN ini adalah untuk kemasukan Januari 2016, temuduga juga diperlukan untuk diterima masuk ke IKBN ini. Semakan temuduga juga boleh dibuat di Laman rasmi semakan yang dikeluarkan.

Kursus dan pengambilan

Jika mengikut rujukan kursus yang ditawarkan, kemasukan IKBN 2016 ini adalah bagi kemasukan pengajian Sijil, Diploma dan Sijil lanjutan.

Pengajian  sijil, diploma dan sijil lanjutan memerlukan kelayakan calon lepasan SPM, tamat tingkatan 5 ataupun sijil kemahiran Malaysia SKM. Setiap kursus yang dipohon sebelum in perlulah melepasi syarat khas permohonan.

Pengajian di IKBN

Mengikut maklumat awal, memilih ke IKBN merupakan salah satu pilihan yang baik terutama bagi calon yang bercita-cita untuk bekerja sendiri melalui kemahiran yang di bekalkan. IKBN ini juga mengamalkan sistem pengajian seperti pengajian tinggi lain dan ianya mempunyai subjek dan modul yang perlu dipelajari setiap semester. Setiap semester ada pembelajaran teori dan amali melalui projek yang ditetapkan. Selain itu juga juga ditetapkan latihan sebenar menerusi Latihan di institusi awam atau swasta. Lulusan IKBN juga mampu memenuhi bidang pekerjaan lain sebagai pembantu atau juruteknik tidak kira di sektor swata atau awam. Jika ditanya adakah lulusan IKBN ini mudah mendapat pekerjaan atau tidak? Ia bergantung pada kepakaran yang dipelajari. Sekiranya setelah tamat pengajian masih lagi belum menguasai ilmu kemahiran yang diberi sudah tentu ia sukar untuk mendapat pekerjaan. Selain itu sikap pelajar yang masih mengamalkan tabiat buruk memilih pekerjaan atau kurang berdisiplin dalam mematuhi peraturan di tempat kerja juga penyumbang masalah.

Maklumat lanjut permohonan

Unit Pengurusan Pegambilan & Rekod Pelajar

Bahagian Pembanguan Kemahiran, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia

Tel : ( +603)88713685/ 3652/3646, fax ; ( +603)88888785

0 0 vote
Article Rating
Subscribe
Notify of
guest
1 Comment
Newest
Oldest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
muhd zaireil edika bin zaini
muhd zaireil edika bin zaini
Guest
4 years ago

saya pelajar penyajian makanan sijil tahap 2 ingin membuat permohonan untuk masuk ke ikbn miri tahap 3 sesi julai ataupun sesi januari 2017. bagaimanakah saya hendak membuat permohonan. beberapa bulan yang lepas, saya telah membuat permohonan tetapi kursus yang lain telah keluar.

1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x