Kami ada menerima pertanyaan bila keputusan IPG diumumkan. Mungkin ramai masih tertunggu bila keputusan kemasukan IPG akan mula boleh disemak. Semakan ke Institut Pendidikan Guru ambilan 2014 akan dibuka tidak lama lagi setelah ditunda baru-baru ini.
Tarikh keputusan ke Institut Perguruan Guru IPG
Menurut sumber tidak rasmi, semakan dan keputusan ke IPG akan mula boleh disemak pada 17 Jun 2014.
Meneruskan pembelajaran di IPG adalah satu pilihan tepat bagi mereka yang gemar menjadi seorang pendidik, menjadi seorang pendidik bukanlah satu yang senang dan tugas dan tanggungjawab yang bakal dipikul nanti juga mampu mencabar kesabaran dan ketekunan.
Untuk keputusan ke IPG dan aplikasi semakan ke IPG, anda perlulah sentiasa merujuk Laman Rasmi KPM sekitar 17 Jun yang dinyatakan diatas.
Semoga tarikh yang dinyatakan dapat menjawab pertanyaan pelajar atau pelawat yang memerlukan maklumat kemasukan IPG untuk persediaan awal dan perancangan memilih pengajian.