Ad Blocker Detected
Our website is made possible by displaying online advertisements to our visitors. Please consider supporting us by disabling your ad blocker.
Bagi pemohon yang berminat ke Sekolah Sukan Malaysia yang sebelum ini telah membuat permohonan. Keputusan kemasukan ke Pra Universiti sekolah sukan KPM telah mula boleh disemak secara online.
Sekolah Sukan Malaysia ialah sekolah untuk mengumpul atlet murid yang berpotensi supaya bakat cemerlang sukan dan akademik mereka dapat dipupuk serta dipertingkatkan di bawah bimbingan jurulatih yang berdedikasi serta guru-guru akademik yang terpilih. Melalui pengawasan yang lebih tersusun dan cekap, peningkatan prestasi akademik dan sukan dapat diseimbang dan disepadukan.
Dari aspek pengurusan dan pentadbiran, sekolah ini keseluruhannya mengikut konsep Sekolah Berasrama Penuh yang dilengkapi dengan kemudahan-kemudahan sukan dan akademik.
Pengambilan atlet pelajar program prauniversiti adalah berdasarkan kelulusan SPM serta memenuhi syarat-syarat am yang ditetapkan. Mereka yang dipilih terdiri daripada atlet murid yang mewakili negara atau berpotensi mewakili negara dalam masa terdekat.
Semakan Online Sekolah Sukan Malaysia
Untuk membuat semakan keputusan ke Sekolah Sukan Malaysia sila ke Aplikasi semakan Online di http://apps5.moe.gov.my/prau/semak.cfm
Antara sekolah sukan di Malaysia ;
Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ)
Kompleks Sukan Negara
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03-90587335
Faks : 03-90587153
Kod Sekolah : WEA 0230
Sekolah Sukan Bandar Penawar
81900 Kota Tinggi
Johor
Tel : 07-8223027
Faks : 07-8223028
Kod Sekolah : JEA 3015