- Matrikulasi KPM
Bagi calon yang sebelum ini telah memohon matrikulasi, semakan keputusan Matrikulasi untuk tahun 2012/2013 dibuka. Semakan boleh dibuat di portal rasmi Bahagian Pengambilan Matrikulasi mulai 25 April 2012.
Semakan Online Keputusan Matrikulasi
Merujuk kepada takwin perancangan, keputusan matrikulasi akan dikeluarkan pada hari rabu 25 April 2012. Semakan online boleh dibuat melalui Sistem Semakan Matrikulasi Online ( dibuka 25 April 2012 ). Untuk membuat semakan perlulah mengisi no kad pengenalan untuk membuat semakan.
Semakan Melalui SMS Matrikulasi 2012
Untuk membuat semakan melalui SMS, calon bolehlah membuat semakan dengan menaip MOE MAT Nokadpengenalan dihantar ke 15888.
Selepas membuat semakan, beberapa maklumat seperti lokasi serta tarikh pendaftaran akan diketahui serta dokumen perlu disediakan dan diproses. Calon diminta segera bertindak untuk membuat persediaan mendaftarkan diri di lokasi institusi matrikulasi yang ditetapkan.
Tarikh Pendaftaran
Tarikh pendaftaran untuk institusi-istitusi yang ditetapkan adalah bergantung pada keputusan semakan tersebut iaitu sekitar :
- Kolej Matrikulasi Labuan – 21 Mei 2012
- Kolej Matrikulasi di Semenanjung – 28 Mei 2012
Sekiranya tidak berjaya, rayuan boleh dibuat selepas semakan dibuat melalui butang yang disediakan. Semakan rayuan akan dapat dibuat mulai khamis 7 jun 2012 juga melalui laman semakan yang sama dan cara sms yang sama. Untuk pelajar rayuan, pendaftaran adalah pada 13 Jun 2012 mengikut kekosongan yang ada.
saya nak tanye, apakah kegunaan UPU sekiranye saya menerima tawaran matrik…??
UPU tetap juga akan megeluarkan keputusan untuk menambah pilihan fatin.
BILA SEMAKAN TAWARAN PRA UNIVERSITI SUKAN BOLEH DI KETAHUI?