MUET
Bagi pelajar yang mengambil MUET November lepas, Semakan keputusan MUET telah dibuka mulai 8 Januari 2013. MUET atau Malaysian University English Test merupakan salah satu ujian mengukur penguasaan bahasa inggeris penting bagi melayakkan penerimaan Ijazah bagi yang berminat menyambung pengajian.
Membuat Semakan Keputusan MUET
Calon berkaitan bolehlah membuat semakan keputusan MUET masing-masing melalui beberapa cara seperti :
- Semakan melalui SMS dengan menaip MUET RESULT no.kad pengenalan dan hantar ke 15888.
- Semakan Online di Laman Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia ataupun terus ke aplikasi Semakan MUET yang disediakan.
- Semakan dengan mendapatkannya di Institusi mengambil MUET masing-masing.
- Menerima melalui pos bagi calon persendirian.
Sekiranya anda tidak berpuas hati dengan keputusan yang diterima, rayuan boleh dibuat untuk semakan semula kertas peperiksaan. Rayuan boleh dibuat dengan mengisi borang yang disediakan Klik SINI dan hantarkan pada alamat yang dinyatakan dalam borang rayuan.
Sebarang pertanyaan anda dinasihatkan merujuk MPM di talian telefon 03 6136 9663 atau faks 03 6136 1488 atau emel [email protected]. Atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai semakan MUET di Laman Rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia ( MPM ).