- MUET
Info ringkas ini bagi calon yang telah mengambil Ujian MUET sebelum ini iaitu kira-kira hujung tahun 2011. Keputusan dan semakan secara online dan SMS telahpun dibuka iaitu pada 26 April 2012. Malaysian University English Test MUET merupakan salah satu syarat untuk mendapatkan Ijazah pertama dimana-mana universiti kerana ia juga penting bagi meningkatkan lagi tahap penguasaan calon dalam Bahasa Inggeris.
Penguasaan bahasa inggeris melalui MUET ini sedikit sebanyak dapat meningkatkan lagi nilai calon dalam usaha bersaing dalam lapangan pekerjaan.
Cara Semakan Online dan SMS MUET 2012
Semakan telahpun dibuka iaitu bermula 26 April 2012
- Semakan keputusan MUET boleh dibuat secara online iaitu melalui portal rasmi Majlis Peperiksaan Malaysia MPM ataupun melalui Sistem semakan MUET mulai jam 9.00 pagi 26 April 2012
- Semakan keputusan MUET untuk ujian sesi penghujung tahun 2011 juga boleh disemak melalui SMS iaitu dengan Taip MUET RESULT [No. K/P] dan hantar ke 15888 ianya boleh mula disemak mulai 12:01 pagi, 26 April 2012
MUET adalah ujian dari kombinasi 4 kertasnya iaitu listening, Speaking, Reading dan Writing. Untuk pengetahuan, MUET boleh diambil semula sekiranya keputusan tidak memuaskan dan ianya dibuka untuk pendaftaran sebanyak 3 kali setahun iaitu bulan Mac, Julai dan november.