Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2021/2022 Lepasan SPM

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Semakan keputusan prmohonan UPUOnline 2021/2022 lepasan SPM sudah keluar. Justeru itu, sebagai calon yang memohon untuk kemasukan ke Univeristi Awam. Semakan boleh di buat melalui laman web Rasmi UPU iaitu menerusi https://upu.mohe.gov.my atau menerusi aplikasi UPUpocket.

Tarikh pengumuman kelyakan kemasukan UPU adalah pada 16 JULAI 2021 sehingga 25 JULAI 2021.

Walaubagaimana sekalipun masih ramai yang belum membuat semakan kerana mungkin terlalu sibuk dengan pekerjaan lain. Justeru itu, dinasihatkan untuk sentiasa peka akan pengumunan yang di buat oleh pihak Kementerian Tinggi (KPTM). 

Semakan Keputusan Permohonan UPUOnline 2021/2022 Lepasan SPM

Upuonline

Bagi calon yang berjaya mendapatkan tawaran kemasukan ke UPU ini anda WAJIB membuat pengesahan setuju terima tawaran dalam tempoh yang telah ditetapkan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM).
Berikut adalah maklumat tentang semakan keputusan Permohonan UPUOnline 2021/ 2022 bagi lepasan SPM. Tarikh PENTING permohonan UPUOnline adalah seperti berikut:-

  • Tarikh Semakan Tawaran : 16 JULAI 2021 sehingga 25 JULAI 2021
  • Tarikh Terima Tawaran : 17 JULAI 2021 sehingga 26 JULAI 2021

Cara Semakan Keputusan UPUOnline 2021/ 2022 Lepasan SPM

Cara menyemak keputusan permohonan UPUOnline 2021/ 2022 adalah dengan:-

Permohonan Rayuan UPUOnline 2021/ 2022 Lepasan SPM

Permohonan hanya boleh dibuat apabila anda merupakan calon yang gagal mendapatkan tawaran untuk menyambung pengajian. Permohon yang gagal dan mendapat tawaran program Sijil sahaja boleh membuat rayuan menerusi UPUOnline bagi kemasukan ke Universiti Awam (UA) dan Politeknik. 

Info Tambahan :  Permohonan dan Panduan Kerja MySTEP Malaysia

PERINGATAN!!!

Permohonan Rayuan ke Kolej Komuniti dan Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA) adalah melalui institusi tersebut dan BUKAN melalui UPUOnline. Permohonan rayuan boleh dibuat melalui portal rasmi UPU di https://upu.mohe.gov.my

Pemohonan Rayuan ini bertujuan untuk mengisi kekosongan tempat mengikut program pengajian UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan ILKA selepas tempoh pendaftaran pelajar baharu. Justeru itu, permohonan UPU ini adalah menerusi kelayakan pemohon.

Tarikh Pendaftaran Ke Universiti Awam
Pendaftaran pelajar baharu bagi 17 Universiti Awam, IPG, Kolej Komuniti, Politeknik, dan ILKA bagi lepasan SPM sesi Akademik 2021/ 2022 dijangka pada bulan Ogos 2021. Walaubagaimana sekalipun, tarikh pendaftaran ini akan diumukan oleh pihak Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia (KPTM) dalam jangka masa yang terdekat ini. 

Proses Pemilihan Kemasukan Ke UA, Lepasan SPM, STPM/ Setaraf

Proses pemilihan kemasukan ke UA adlaah mengikut markah merit yang tertinggi sehingga terendah seperti di bawah ini:-

Upuonline


Sebarang pertanyaan lanjut berkenaan dengan UPUOnline ini boleh menghubungi helpline UPU 03- 8870 8200 atau layari laman web https://upu.mohe.gov.my

Faktor Penyebab Permohonan UPUOnlien Gagal

Upuonline

Antara faktor penyebab permohonan UPUOnline gagal ada banyak. Dan antara faktor penyebab permohonan UPUOnline gagal adalah disebabkan oleh:-

1) Tidak tekan butang sah dan hantar

Faktor penyebab ini menyebabkan anda TIDAK dapat tawaran UPUnline. Faktor penyebab ini adalah disebabkan oleh calon TIDAK menekan butang sah dan hantar pada permohonan yang lepas. Faktor penyebab ini biasa di lakukan oleh pemohon. Justeru itu, calon SANGAT DINASIHATKAN agar JANGAN lupa tekan butang sah dan hantar semasa melakuan permohonan. 

Info Tambahan :  Biasiswa ISMP Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Tahun 2021

PERINGATAN!!!

Pemohon lupa menekan butang sah dan hantar bermaksud anda TIDAK melengkapkan borang permohonan tersebut.

2) Tidak melepasi syarat khas program yang dipohon

Sebelum melakukan permohonan, calon DINASIHATI untuk membaca dahulu syarat permohonan. Ianya bagi memastikan calon terlepas peluang untuk memohon bidang pengajian yang dikehendaki oleh universiti.

3) Tidak melepasi panggilan temuduga 

Bagi calon yang memohon bidang yang berkaitan dengan temuduga, anda perlu ketahui dua faktor anda tidak melepasi panggilan temuduga iaitu:-

  • Calon TIDAK disenarai pendek dalam sesi temuduga
  • Prestasi temuduga TIDAK memuaskan

Dua faktor penyeybab ini merupakan faktor yang biasa untuk anda tidak melepasi panggilan temuduga. Justeru itu, sangatlah disarankan untuk membaca dahulu syarat kelayakan sebelum membuat permohonan.

4) Tidak dipilih oleh Universiti Awam berkenaan

Sekiranya anda tidak di pilih oleh Universiti Awam maka anda perlu ketahui dua faktor ini iaitu:-

  • Tempat di Univeristi Awam adalah terhad atau
  • Anda TIDAK melepasi syarat khas permohonan program 

Sekiranya dua faktor ini menjadi penyebab anda tidak di pilih oleh Univeristi Awam berkenaan maka anda perlu memilih program pengajian yang lain semasa membuat permohonan rayuan. Ianya bagi memudahkan anda untuk mendapatkan tempat dalam program pengajian yang lain.


Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments