Semakan Keputusan Permohonan USM Sesi 2011/2012

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Bagi pemohon yang telah membuat pilihan dan memohon pengajian di Universiti Sains Malaysia bagi sesi 2011/2012

Keputusan Permohonan boleh mula disemak pada 10 Jun 2011 pukul 12 tengah hari. Semakan boleh dibuat melalui Laman permohonan USM Klik sini

Untuk melihat semakan permohonan ke usm calon perlu login ke [email protected] dengan memasukkan no rujukan dan kata laluan.

Hebahan juga dibuat melalui SMS hanya kepada calon yang berjaya mendapat tempat di USM. Calon-calon perlu menyemak dan membuat pengesahan samada menerima atau menolak tawaran kemasukan selewat-lewatnya pada 15 Jun 2011, jam 5.00 petang.

Info Tambahan :  Penutupan Sekolah dan Tarikh Buka Sekolah 2021

Nama calon yang tidak berjaya atau tidak memberi jawapan atau menolak tawaran USM akan dihantar kepada UPU (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk proses pemilihan bagi pengambilan oleh IPTA lain (tertakluk kepada permohonan calon ke UPU).

Calon yang tidak berjaya tetapi masih berminat untuk mengikuti pengajian di USM boleh mengemukakan permohonan rayuan kemasukan melalui laman web ini mulai 11 hingga 20 Jun 2011. Setiap calon yang merayu dibenarkan memilih maksimum dua program pengajian kecuali program pengajian yang melibatkan temuduga. Rayuan hanya terbuka kepada calon-calon yang memohon ke USM tetapi tidak mendapat tempat. Semua kes rayuan akan dipertimbangkan berdasarkan kelayakan dan kekosongan tempat.

Info Tambahan :  Penangguhan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK) Tingkatan 4 Tahun 2020

Sebarang pertanyaan hubungi hotline 1 300 888 876.

Anda dinasihatkan melihat iklan penuh disini

 

Subscribe
Notify of
guest
0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments