

Mungkin penantian telah berakhir apabila ramai sebelum ini yang tidak berjaya mendapat tempat di IPTA. Bagi yang tidak berjaya dan membuat rayuan, keputusan rayuan untuk lepasan STPM setaraf telah pun mula boleh disemak di Laman rasmi UPU.
Semakan rayuan ini adalah bagi yang telah membuat rayuan untuk lepasan STPM/ setaraf bagi sesi akademik 2013/ 2014 untuk memohon Ijazah pertama.
Untuk membuat semakan, Anda perlu ke laman rasmi UPU ( Klik SINI ). Untuk semakan secara SMS, anda perlu taip UPU RESULT [No Kad Pengenalan] SMS ke 15888.
Untuk pengetahuan, pemilihan rayuan adalah tertakluk kepada kekosongan tempat selepas pendaftaran pelajar baharu di IPTA.
Dasar jabatan pengajian tinggi tidak membenarkan sebarang pertukaran program pengajian di dalam IPTA atau di antara IPTA.