Semakan Keputusan Rayuan Lepasan SPM Sesi 2021/ 2022

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Semakan keputusan rayuan lepasan SPM Sesi 2021/ 2022 bermula 19 Ogos 2021 (Khamis) sehingga 23 Ogos 2021 (Isnin). Justeru itu, bagi setiap pelajar yang sudah mengisi borang Rayuan untuk semakan lepasan SPM Sesi 2021/ 2022 lakukan semakan dengan segera.
Semakan Keputusan Rayuan Lepasan SPM Sesi 2021/ 2022

PERHATIAN!!!

Semakan keputusan Rayuan Lepasan SPM Sesi Akademik 2021/ 2022 adalah pada 19 Ogos (Khamis) jam 12Tengah hari sehingga23Ogos 2021 (Isnin) pada jam 5 petang.

Selain daripada calon atau pemohon WAJIB menyemak keputusan rayuan lepasan SPM sesi 2021/ 2022 pada tarikh yang ditetapkan. Pada masa yang sama, calon atau pemohon perlu memberi kata persetujuan terima tawaran bermula 20 Ogos 2021 sehingga 24 Ogos 2021 (5 Hari). Dalam masa 5 hari ini pemohon perlu menjawab sekiranya calon terlepas maka calon dikira TIDAK BERMINAT untuk menerima tawaran untuk menyambung pengajian ini. 

***SELAMAT MAJU JAYA KEPADA MEREKA YANG BERJAYA MENDAPAT TAWARAN SAMBUNG BELAJAR***

Cara semakan Keputusan Rayuan Lepasan SPM Sesi 2021/ 2022

Semakan Keputusan rayuan

Terdapat dua cara untuk melakukan semakan keputusan Rayuan Lepasan SPM Sesi 2021/ 2022 adalah seperti berikut:-

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

1) Semakan boleh dibuat menerusi laman web atau URL dibawah ini:-

Anda boleh membuat semakan bermula 12 Tengah hari pada 19 Ogos 2021 dan tarikh Tamat untuk membuat semakkan adalah pada pukul 5 Petang pada 23 Ogos 2021. 

2) Semakan menerusi aplikasi UPUPocket

Aplikasi UPUPocket ini boleh dimuat turun di play store atau app store. Sekiranya anda TIDAK mempunyai kedua-dua aplikasi ini maka anda TIDAK boleh menggunkan aplikasi UPUPocket ini. 

TAHUKAH ANDA!!!

Penggunaan aplikasi UPUPocket lagi mudah untuk membuat semakan BERBANDING dengan laman web yang sedia ada. Justeru itu, ramai yang memilih apliaksi ini berbanding dengan laman web.

Sekiranya anda sudah diberi peluang untuk menyambung pengajian ke peringkat yang lebih tinggi maka anda perlu sentiasa membuat persediaan fizikal dan mental untuk menghadapi kehidupan yang baru ini.

Antara bentuk persediaan yang perlu dititikberatkan adalah seperti:-

a) Dari segi kewangan

Semakan Keputusan rayuan

Bagi pelajar yang sudah menerima tawaran untuk menyambung ke pengajian yang lebih tinggi maka anda perlu mneyediakan dari segi kewangan. Sekiranya wang yang TIDAK mencukupi maka para pelajar perlu membuat permohonan wang pendahuluan pengajian pada pihak PTPTN. Justeru itu, SANGATLAH PENTING untuk anda membuat simpanan wang pengajian SSPN. Menerusi wang simpanan tersebut anda boleh membuat pinjaman wang PTPTN.

[KLIK DISINI] untuk ketahui mengenai wang simpanan PTPTN
[KLIK DISINI] untuk mengetahui simpanan menerusi SSPN

Info Tambahan :  UPUOnline: Semakan Sarjana Muda lepasan STPM/Setaraf 2023/2024

b) Bijak dalam menguruskan masa

Semasa anda sedang menyambung pengajian anda perlu bijak dalam menguruskan masa. Hal ini bagi memastikan anda mampu memperoleh kejayaan yang anda impikan. Sekiranya anda BIJAK dalam pengurusan masa maka anda boleh mengikuti pelbagai aktiviti di universiti anda. 

PERINGATAN!!!

Semasa PdPR (pengajian secara online) pelajar perlu LEBIH fokus kerana mereka TIDAK berada di pusat pengajian secara bersemuka. Justeru itu, anda perlu bijak dalam menguruskan masa dengan betul. 

c) Bijak mengawal stress dan segala tekanan

Pengajian secara alam maya ini akan sedikit stress kerana lebih sukar untuk difahami berbanding dengan pengajian secara bersemuka. Justeru itu, anda sangat dinasihati untuk bijak dalam mengawal stress yang melampau. Sekiranya anda berasa stress dan sukar untuk mengawalnya maka anda DIGALAKKAN untuk berjumpa dengan mereka yang boleh membantu anda.

Tips mengawal stress atau tekanan :-

  • Tunaikan solat (bagi yang muslim) dan berzikir
  • Beri diri sedikit ruang dan masa untuk mendapatkan udara yang segar
  • ELAKKAN diri daripada terus menyambung pengajian (pembelajaran) sekiranya anda stress
  • Pergi ke tempat yang tenang seperti pantai atau melihat tumbuhan hijau 

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu pembaca untuk lebih bersemangat menyambung pengajian keperingkat yang lebih tinggi. Setiap satu perkongsian ini bertujuan bagi memastikan calon pelajar lebih bersedia dalam membuat persediaan untuk menyambung pengajian anda. Usaha adalah satu perkara penting untuk berjaya. 

NASIHAT!!!

D: Doa untuk berjaya
U: Usaha mencapai kejayaan
I: Iktiar untuk emncapai kejayaan
T: Tawakal kepada ALLAH setelah anda berusaha dan melakukan iktiar.

Sekiranya anda sudah melaksanakan 4 perkara ini, maka kejayaan yang anda perolehi akan menjadi lebih manis daripada biasa. Hal ini kerana kejayaan anda disertakan dengan doa, usaha, iktiar dan tawakal kepada ALLAH. 

***KEJAYAAN BERSERTA USAHA MAMPU MEMBUATKAN KEJAYAAN ITU LEBIH MANIS DARIPADA BIASA***
Semakan Keputusan rayuan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *