Bagi yang sebelum ini tidak berjaya, semakan keputusan rayuan UPU telahpun dibuka. Semakan rayuan ini boleh disemak melalui online yang disediakan oleh pihak UPU. Semakan rayuan ini adalah bagi lepasan SPM/ setaraf yang membuat permohonan ke Universiti Awam atau politeknik premier untuk sesi 2016/2017.
Semakan keputusan rayuan boleh dibuat mulai 13 Jun 2016 jam 12 tengahari.
Alamat Semakan Keputusan Rayuan UPU
Semakan boleh dibuat dan mereka yang membuat rayuan sebelum ini boleh menyemak rayuan. Rayuan boleh dibuat di laman rasmi UPU upu.mohe.gov.my
Semakan Rayuan UPU : https://online.mohe.gov.my/upu/hebahan_spm_1617/rayuan/index.php
Semakan Keputusan Rayuan
Perhatian kepada pemohon rayuan Politeknik Konvensional / METrO, Kolej Komuniti & Institusi Latihan Kemahiran Awam (ILKA). Semakan rayuan boleh dibuat di alamat yang disertakan dibawah tetapi tarikh semakan adalah mengikut ketetapan institusi berkenaan :
- ILJTM (ADTEC, JMTI & ILP) – http://www.jtm.gov.my/semakjaya
- CIAST – http://www.ciast.gov.my
- Kolej Komuniti – http://www.jpkk.edu.my
- Politeknik – http://www.politeknik.edu.my
- NATC – http://atpis.moa.gov.my/V4/result
- MARA (IKM & KKTM) – http://www.ekemahiran.edu.my
Maklumat lanjut Semakan Keputusan Rayuan UPU :
Hubungi di talian helpline (03) 88706767 atau (03) 8870 6777.
Talian helpline UPU hanya beroperasi pada hari bekerja sahaja bermula dari jam 7.30 pagi – 5.30 petang.
atau melayari Portal Rasmi Bahagian Pengurusan Kemasukan Pelajar (UPU) di http://upu.mohe.gov.my/
Semoga permohonan anda berjaya dan memberi pelunag kedua untuk anda berusaha dan berjaya mencapai impian sedia ada.