Semakan Keputusan SBP Tingkatan 4 dan 1 Tahun 2016

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Keputusan SBP
Keputusan SBP

Untuk makluman, Keputusan SBP tingkatan 4 dan 1 untuk tahun kemasukan 2016 telah dibuka. Semakan keputusan SBP Sekolah Berasrama Penuh adalah bagi pemohon yang sebelum ini telah membuat Permohonan SBP tingkatan 4 dan juga Permohonan SBP tingkatan 1. Semakan keputusan SBP tingkatan 1 dan 4 ini boleh disemak secara online menerusi aplikasi semakan online keputusan SBP tingkatan 4 yang disediakan di Laman Rasmi KPM.

Semakan Online keputusan SBP tingkatan 4 dan 1 tahun 2016

Bagi semakan tingkatan 4 , Sila Masukkan No. MyKad dan Angka Giliran PT3 2015 dan Klik Butang Semakan. Pastikan maklumat NO. MYKAD dan ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran PT3 calon.

Info Tambahan :  Link Permohonan UPU dan Permohonan Pengajian Tinggi

Bagi semakan tingkatan 1, Pastikan maklumat ANGKA GILIRAN calon sama seperti yang tercatat dalam slip pendaftaran UPSR calon.

Sekiranya menerima tawaran yang ditetapkan, calon perlulah segera mencetak slip makluman keputusan dan membawanya semasa hari pendaftaran nanti.

Rayuan ke SBP tingkatan 1 dan 4 tahun 2016

Sekiranya permohonan tidak berjaya, pemohon boleh membuat rayuan melalui pautan yang disediakan diatas .

Permohonan SBP tingkatan 1 telahpun sebelum ini dibuka sekitar oktober 2015 dan telahpun ditutup permohonannya pada 30 oktober lepas.

Permohonan SBP tingkatan 4 pula telahpun sebelum ini dibuka permohonannya pada 1-30 disember 2015.

Sekolah berasrama penuh ini adalah sekolah yang menghimpunkan pelajar terpilih yang mempunyai keputusan peperiksaan yang cemerlang. Pelajar ini akan disediakan kemudahan pendidikan yang baik disamping pengaruh persekitaran dan persaingan dalam mencapai keputusan akademik dan komponen positif diri yang cemerlang.

Info Tambahan :  Tips Cara Permohonan UPU 2024/2025

Tahniah bagi yang berjaya dan rayuan perlu dibuat sekiranya gagal dalam permohonan, penyesuaian diri perlu dilakukan sekiranya berada di persekitaran baru nanti disamping situasi pembelajaran yang lebih menarik dan persaingan tinggi. Persainagan dan kemudahan yang disediakan mampu meningkatkan lagi motivasi diri seterusnya meningkatkan lagi pencapaian akademik.

Maklumat lanjut

Seperti yang dinyatakan di pautan yang disediakan, Sekiranya terdapat sebarang masalah, sila hubungi 03-83217400 untuk keterangan lanjut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *