Semakan Keputusan SPM 2014

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:
Semakan Keputusan SPM 2014 1
Semakan SPM KPM

Info ini bagi memaklumkan bahawa keputusan SPM 2013 lepas akan diumumkan tidak lama lagi. Mungkin ada beberapa pelajar yang tidak sabar menunggu keputusan SPM mereka hasil dari usaha yang dilakukan sebelum ini.

Menurut Sumber : Kementerian Pelajaran, Keputusan SPM 2013 akan diumumkan pada hari khamis 20 Mac 2014.

[quote]Keputusan SPM 20 Mac 2014[/quote]

Semakan keputusan SPM 2013 akan diumumkan di bilik Mesyuarat Utama , Aras 6 , Blok E8, kompleks kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Bagi pelajar bolehlah mengambil keputusan masing-masing disekolah jam 10.00 pagi pada hari yang sama iaitu 20 Mac 2014. Bagi calon persendirian akan dimaklumkan melalui Pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mereka daftar sebelum ini.

Info Tambahan :  Selepas SPM 2023 Apa yang Kita Boleh Buat?

Semakan keputusan SPM juga boleh dibuat melalui semakan SMS iaitu dengan menaip SPM jarak angka giliran dan hantar ke 15888. Perkhidmatan semakan secara SMS ini diaktifkan bermula jam 10.00 pagi, 20 Mac 2014 dan akan ditamatkan pada 11.59 malam 26 Mac 2014.

Seramai 470,395 calon mendaftar untuk menduduki SPM di 3,616 pusat peperiksaan seluruh Negara. Daripada jumlah 470,395 calon, 415,509 adalah calon Sekolah Kerajaan, Bantuan Kerajaan dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan, 8,325 adalah calon Sekolah Menengah Agama Negeri, 11,261 adalah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM, 25,857 adalah calon persendirian manakala baki 1,389 adalah dari Sekolah Menengah Agama Rakyat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *