Semakan Keputusan STAM 2017 / 2018

Hargai Kami, Share Pada Rakan Anda:

Untuk makluman, keputusan Peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM untuk tahun 2017 akan dikeluarkan tidak lama lagi. Untuk membuat semakan, semakan keputusan STAM 2017 secara online SMS dibuka untuk kemudahan calon yang ingin membuat semakan. Tarikh keputusan  Sijil Tinggi Agama Malaysia STAM akan dikeluarkan pada Khamis 18 Januari 2018.

Keputusan STAM ( Khamis 18 Jan 2018 )

Semakan Keputusan STAM 2017

Untuk mempermudah urusan semakan secara cepat dan mudah, semakan secara SMS dibuka bermula 10 pagi 18 Jan 2018 hingga 6 petang 24 Jan 2018.

Untuk membuat semakan keputusan STAM 2017 anda perlu taip :

STAM<jarak>AngkaGiliran

Sila SMS ke 15888

Contoh : STAM MQ027S025

Info Tambahan :  Perbezaan Sekolah Wawasan, Kluster, Primier, Bestari, dan SBT

Slip Keputusan STAM 2017

Bagi yang ingin mendapatkan keputusan STAM melalui slip dan lebih jelas bolehlah terus ke institusi atau sekolah masing-masing selepas jam 10.00pagi pada hari yang sama. Untuk calon persendirian akan dimaklumkan melalui pos atau mereka boleh menghubungi Jabatan Pendidikan Negeri tempat mendaftar menduduki peperiksaan sebelum ini.

Calon STAM 2017

Seramai 9534 calon telah mendaftar untuk menduduki STAM di 240 pusat peperiksaan. Seramai 9534 calon, 2365 adalah calon sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan, 4951 adalah calon sekolah menengah agama negeri, 704 adalah calon sekolah menengah agama rakyat, 1370 adalah calon persendirian manakala 52 adalah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM dan 92 calon adalah dari luar negara ( Kemboja ) yang berdaftar dengan KPM.

  • 2365 adalah calon sekolah kerajaan , sekolah bantuan kerajaan dan sekolah agama bantuan kerajaan,
  • 4951 adalah calon sekolah menengah agama negeri,
  • 704 adalah calon sekolah menengah agama rakyat,
  • 1370 adalah calon persendirian
  • 52 adalah calon sekolah swasta yang berdaftar dengan KPM
  • 92 calon adalah dari luar negara ( Kemboja ) yang berdaftar dengan KPM.
Info Tambahan :  STPM, Asasi, Diploma, Vokasional - Yang Mana Lebih Baik Tahun 2023?
Keputusan STAM 2017
Keputusan STAM 2017

Halatuju Pengajian Agama Dan STAM

Lepasan STAM adalah layak untuk memohon Ijazah Sarjana Muda/ setaraf di Institusi pengajian tinggi awam dan swasta dalam dan luar negara.

Mengambil aliran pengajian agama ini membuka peluang pengajian lebih luas kerana mampu membuat permohonan ke jurusan pengajian agama di universiti serta menambah pengkhususan Bahasa Arab dalam kebolehan bahasa lain. Graduan pengajian agama ini dapat melanjutkan pengajian lebih tinggi hingga ke PHD dan sekiranya ingin terus bekerja boleh memenuhi bidang kerjaya institusi keagamaan islam dalam dan luar negara.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *