

Keputusan STPM akan keluar beberapa hari lagi, Semakan keputusan STPM untuk tahun 2012 boleh juga disemak secara online atau mengambil sendiri di sekolah masing-masing. Menurut kenyataan Majlis Peperiksaan Malaysia MPM kemarin, keputusan STPM akan dikeluarkan pada Isnin depan 18 Mac 2013. Keputusan STPM 2012 boleh diambil mulai 12 tengah hari, bagi calon persendirian akan mendapatnya melalui pos.
Semakan SMS Keputusan STPM 2012
Kemudahan semakan SMS juga disediakan untuk mempermudahkan urusan semakan keputusan. Untuk menyemak keputusan secara SMS perlu menaip STPM RESULT <jarak> No. Kad Pengenalan dan hantar ke 15888.
Semakan Online Keputusan STPM 2012
Semakan secara online juga disediakan di Portal rasmi MPM atau Aplikasi Semakan mulai 12 tengah hari 21 Mac 2013 ini.
Seramai 51,673 calon menduduki peperiksaan STPM di 760 pusat pemeriksaan pada 2012 dan daripada jumlah itu, 47,708 adalah calon sekolah kerajaan, 1,112 calon sekolah swasta, 2,795 calon persendirian dan 58 calon sekolah kerajaan negeri.