Keputusan UPSR 2017 akan diumumkan hari ini, semakan keputusan UPSR boleh dibuat dengan pelbagai cara samaada terus ke sekolah atau melalui semakan SMS. Peperiksaan UPSR sebelum ini telah berlangsung dan berakhir 18 september baru-baru ini dan keputusan peperiksaan akan mula boleh diambil harini iaitu 23 November 2017.
Semakan Keputusan UPSR 2017
Untuk pengetahuan, semakan keputusan UPSR 2017 ini boleh dibuat secara SMS dan juga terus ke sekolah.
Semakan Keputusan UPSR melalui SMS
Cara semakan secara SMS ini lebih mudah kerana ia dapat makluman segera tetapi tidak secara detail. Untuk membuat semakan UPSR secara SMS boleh terus:
Taip UPSR ( angka giliran ) dan hantar ke 15888
Contoh : UPSR BC001B011
Sila Sent SMS tersebut ke no 15888 untuk mendapat reply keputusan UPSR anak.
Semakan UPSR terus ke sekolah
Untuk membuat semakan secara terus, bolehlah terus ke sekolah masing-masing dengan berpakaian kemas untuk mengambil keputusan peperiksaan. Kebiasannya keputusan UPSR mula boleh diambil sekitar jam 12 tengahari hariĀ 23 Nov 2017.
Keputusan UPSR 2017 |
Tarikh Pengumuman Keputusan |
23 November 2017 ( Khamis ) |
Cara Semak Semula Keputusan UPSR
Jika keputusan keluar mungkin ramai yang berpuashati, namun demikian akan ada yang tidak berpuas hati atau meragui ketepatan keputusan peperiksaan anak masing-masing. Oleh demikian, semakan semula keputusan UPSR juga disediakan bagi melihat semula kertas peperiksaan pelajar tersebut dengan harapan mampu mengubah keputusan lebih baik.
Untuk membuat semakan semula perlulah mengikut langkah dibawah :
- Membuat permohonan semakan semula dengan bayaran Caj RM 50.00 untuk satu kertas peperiksaan yang ingin disemak.
- Permohonan perlu menggunakan borang yang disediakan oleh lembaga peperiksaan. Borang semakan semula boleh terus diambil di sekolah, JPN dan Lembaga Peperiksaan yang boleh dimuatturun di lp.moe.gov.my
- Tarikh tutup permohonan semakan semula keputusan UPSR adalah 30 hari dari tarikh keputusan UPSR diumumkan.
Semoga semakan keputusan UPSR 2017 ini memberikan satru berita gembira pada keluarga dan ianya juga merupakan satu langkah pertama dalam menentukan masa depan yang lebih cemerlang.